Fesyen Singlet Nipis Siti Saleha Bersama Kekasih Undang Kontroversi

on 30 May 2014

Dalam diam rupanya pelakon jelita, Siti Saleha yang pernah popular menerusi drama bersiri Nora Elena telah mempunyai teman lelaki baru yang kacak dan berwajah ala-ala kacukan pakistan.

Bagaimanapun, Siti Saleha yang mencuri tumpuan ketika hadir ke majlis persandingan Produser filem Kerat 14, Harvinder Uppal, enggan mendedahkan nama kekasihnya yang bekerja di sektor kewangan dan memberitahu mereka sudah bercinta sejak 10 bulan lalu.

Untuk pengetahuan, aktres berusia 23 tahun ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein namun putus beberapa tahun kemudian.

Tidak lama selepas itu, beliau bercinta pula dengan seorang jejaka inggeris bernama Robin Coenraad. Hubungan mereka tidak bertahan lama kerana tiada persefahaman.

Pelakon drama wanita dicekup jadi GRO sedang layan jantan

Gambar hiasan 

Melaka: Seorang ‘pelakon’ yang leka melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan gagal melarikan diri selepas premis tempatnya bekerja di Bandar Hilir, di sini, diserbu imigresen, semalam.

Dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, wanita itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati dia memasuki ke Malaysia menggunakan pas pekerja sebagai pelakon sebuah drama bersiri disyaki menjadi pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit.

Dalam operasi khas itu, turut ditahan 15 wanita warga asing disyaki GRO dan dua lelaki tempatan berusia 32 dan 46 tahun dipercayai majikan serta penjaga di pusat hiburan berkenaan.

Difahamkan, pusat hiburan yang beroperasi di bahagian tempat letak kereta bawah tanah bangunan kedai itu dikategorikan sebagai ‘lokasi kebal’ selepas beberapa serbuan imigresen sebelum ini gagal kerana dijaga tonto dengan rapi.

Pemangku Pengarah Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hasan berkata, serbuan 12 pegawainya diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mohd Yusof Hashim dilakukan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Katanya, dalam serbuan itu juga, sebahagian daripada 60 pelanggan di premis itu cuba membuat provokasi bagi menggagalkan operasi berkenaan dengan menimbulkan kekecohan.

“Mereka membuat kecoh apabila pegawai kami meminta operasi pusat hiburan itu dihentikan bagi tujuan pemeriksaan, malah ada di antara mereka cuba menarik GRO yang ditahan sebelum keadaan dikawal.

“Berdasarkan aduan, ada pihak tidak puas hati kerana premis didakwa menyediakan khidmat GRO asing ini sering dikunjungi ahli keluarga mereka sehingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk berhibur di pusat hiburan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ayer Keroh, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri Mohd Sabri Ismail.

Abu Bakar berkata, bagaimanapun usaha sebahagian pelanggan itu gagal apabila pegawainya menahan 16 GRO membabitkan 13 warga China dan tiga warga Vietnam bersama dua lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 46 tahun.

Katanya, hasil risikan dua minggu di pusat hiburan itu, premis berkenaan juga dipercayai menawarkan khidmat ‘gadis pengiring’ kepada pelanggan untuk dibawa keluar.

“Hasil pemeriksaan, lima daripada mereka disiasat mengikut Perkara 39b, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana disyaki melanggar syarat pas dan tiga masuk ke negara ini sebagai pelajar dan seorang ‘pelakon’,” katanya.

Zizan Razak Tinggalkan Emma Maembong

Zizan Razak Tinggalkan Emma Maembong | Pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Zizan Razak akan kembali menagih cinta Juliana Evans dan meninggalkan kekasih hatinya sekarang iaitu Emma Maembong.
“Kalau saya memilih dia, mungkin saya menunggu dia. Tetapi kalau saya sudah bersama dengan orang ini takkan saya nak buat macam itu kan?

“Saya pun manusia. Saya dah mengaku ada apa-apa dengan Emma, takkan saya sekejam itu.

Tetapi kalau saya ada hati pun dengan yang sana, takkan saya nak tinggal yang sini, betul tak?,” katanya.

Suami Abby Abadi lafaz cerai dua kali

KUALA LUMPUR: Umum mengetahui pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, memfailkan perceraian terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat, kira-kira pukul 9 pagi hari ini (Khamis).

Berita terkini yang memetik laporan MStar Online, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaluddin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai. - Astro Gempak

Respon Rozita Che Wan Isu Bra Warna Merah Miliknya Tersebar

on 29 May 2014

Respon Rozita Che Wan kontroversi bra warna merah - Sebulan lalu, sekeping gambar bra warna merah yang didakwa milik pelakon jelita Rozita Che Wan telah tersebar secara meluas di laman sosial sehingga mengundang tomahan dan kritikan dari orang ramai.

Susulan itu, pihak media segera menghubungi empunya tuan badan untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu tersebut. Menurut Rozita, dia hanya mengetahui gosip terbaru itu menerusi adiknya, Ayu Raudhah sekitar minggu lalu namun tidak sempat membuat ulasan.

“Saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu. Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu.”

“Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.”
Selain itu, Rozita turut menganggap perbuatan individu terbabit yang menyebarkan gambar berkenaan sebagai gila dan tidak masuk. Jadi, dia meminta agar ianya dihentikan segera kerana perkara itu tidak berfaedah dan hnya membazir masa.

“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya. Namun, sebab mereka gunakan nama saya & menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.”

Uqasha Senrose Sahkan Berkawan Dengan Syafiq Kyle

Ketika berlakunya krisis hubungan cinta antara Uqasha Senrose dengan Pekin Ibrahim, pelakon wanita itu dikatakan berkawan rapat dengan pelakon baharu, Syafiq Kyle.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, apabila dia memberitahu lebih selesa mendekati pelakon tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Ya, saya memang berkawan dengan Syafiq Kyle dan boleh dikatakan dia antara kawan lelaki yang rapat dengan saya ketika ini.

"Saya selesa keluar dengan dia kerana kami boleh berborak-borak dan berkongsi masalah. Kalau ada kelapangan kami juga selalu pergi ke mana-mana majlis bersama termasuklah dengan pelakon Syahrul Ridzwan," katanya kepada mStar Online.
Uqasha diminta mengulas hubungannya dengan pelakon baharu tersebut selepas dia membuat kenyataan mengejutkan iaitu hubungannya dengan Pekin Ibrahim sudah tidak punyai apa-apa lagi.
Uqasha akui mulai rimas dengan pelbagai kenyataan dibuat Pekin mengenai hubungan mereka.
Berberapa minggu lalu Syafiq, 22, yang dikenali menerusi drama berisiri Tanah Kubur,Anugerah Terindah dan terbaharu Oh My English musim ketiga telah memuat naik gambarnya berpegangan tangan dengan Uqasha di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun gambar itu dipadamkan tidak lama kemudian.

Dalam pada itu ditanya kenapa Syafiq memadamkan gambar mereka Uqasha berkata dia tidak pasti kenapa pelakon tersebut berbuat demikian.

"Saya tahu dia muat naik gambar kami dan selepas itu dia buang pula. Entahlah tak tahu kenapa. Mungkin dia takut dengan tekanan yang mungkin diterima," katanya.

Dalam pada itu, Uqasha mengakui dia kini dalam dilema apabila Pekin masih menjaja kisah cinta mereka sedangkan dia tidak mahu bersama pelakon itu lagi.

Perbuatan Pekin itu katanya menyebabkan dia sukar untuk berkawan dengan mana-mana lelaki selain sering dipandang serong apabila ramai yang beranggapan dia adalah tunangan orang.

"Saya sudah cakap dahulu yang Pekin datang ke rumah saya hanya untuk merisik dan bukan datang untuk meminang. Saya kesal dia member kenyataan yang kami bertunang. Itu semua tak betul.

"Perkara itu juga menyusahkan saya bila orang masih anggap saya tunangan orang dan masyarakat akan pandang serong apabila saya keluar dengan kawan lelaki lain," ujarnya.

Sementara itu Uqasha berkata dia cuba menghubungi Pekin untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak berjaya.

Suami Abby Abadi lafaz cerai dua kali

KUALA LUMPUR: Umum mengetahui pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, memfailkan perceraian terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat, kira-kira pukul 9 pagi hari ini (Khamis).

Berita terkini yang memetik laporan MStar Online, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaluddin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai. - Astro Gempak

Pelakon sembang lucah, songsang dalam Whatsapp

on 28 May 2014

 
Bukan main lagi seorang pelakon dan pengacara lelaki ini di tempat orang. Di Malaysia punyalah dia menjaga nama baik di sebalik imej islamik, tapi nampaknya dia menggunakan peluang berada di luar negara untuk menyerlahkan keperibadiannya yang sebenar.

Sebentar tadi kami menerima email daripada sumber-sumber terapat mendakwa seorang selebriti yang pernah mengacara sebuah rancangan suatu ketika dahulu dikhabarkan ligat mengunjungi beberapa kelab malam di London dan ada antaranya untuk golongan LGBT.

Sumber-sumber mengatakan, pelakon tersebut tidak keseorangan sebaliknya ditemani oleh seorang pelajar Malaysia di sana yang juga seorang lelaki.
Antara salinan perbualan si pelakon dan pelajar itu di WhatsApp

Difahamkan, pelajar lelaki terbabit terserempak dengan pelakon ini di London pada bulan November tahun lepas sewaktu pelakon tersebut sedang menikmati makan malam.

Selepas bertegur sapa, si pelakon mempelawa pelajar berkenaan menemaninya bersiar-siar sepanjang berada di sana dan seterusnya terbawa hingga ke bilik pula.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan saling berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp apabila pelakon tersebut pulang ke Malaysia dan antaranya berbaur lucah.

Tambah sumber lagi, pelakon tersebut turut mengirim sekeping gambar alat sulit untuk tatapan pelajar tersebut.

Walaupun seksualiti pelakon itu pernah diragui suatu ketika dulu, namun selebriti ini bijak mengaburi pandangan peminat dengan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang berubah ke arah kebaikan. – Ohbulan.com

TAKTIK LICIK PENJUAL GORENG PISANG AKHIRNYA TERBONGKAR

PENIAGA PISANG GORENG CAMPUR STRAW DALAM MINYAK MASAKAN | Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.

Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.

Berikut merupakan perkongsian oleh pengguna laman sosial.

Beli pisang goreng d gerai kueh donggongon. Tlampau rangup menimbulkan keraguan. Then, memang yg djangka pisang goreng dgoreng dengan minyak + straw. Sangat kurang ajar n x sivik punya penjual.
Cara mengetahui samada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik:

1. Bawa bahan kajian anda balik ke rumah (ayam atau pisang dan sebagainya).
2. Ambil mancis dan bakar ayam atau pisang tersebut.
3. Sekiranya terhasil nyalaan, besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik.
4. Segera laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat

IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung manakala bendera Negeri Perak selama tempoh perkabungan selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tempoh perkabungan tujuh hari.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

Belangsungkawa

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi

Pendidikan
----------

- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya
--------

- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan
---------

- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan
-----
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

5 Gambar basah Iqa Mentor di Parti Media Hiburan

Gambar basah Iqa Mentor di Parti Media Hiburan - Dah lama kita tidak mendengar cerita tentang bekas peserta program Mentor musim kelima, Iqa atau nama sebenarnya Nasratullah Binti Mohd Nor, 28.

Pada tahun 2011, nama penyanyi didikan Edry Abdul Halim ini pernah hangat diperkatakan di ruangan akhbar, laman sosial dan blog hiburan apabila beberapa keping gambarnya dalam keadaan basah ketika hadir ke Splash Part Media Hiburan tersebar.

Kontroversi itu secara tidak langsung telah menaikkan popularitinya di mata peminat sehingga semakin dikenali berbanding peserta-peserta program mentor lain. Bukan sahaja memiliki raut wajah seperti selebriti hollywood malah dianugerahkan bentuk badan yang cantik.

Rasa Nak Sepak Je

"Cium pipi je, mak tak marah pun" demikianlah penjelasan seorang gadis bertudung apabila ditegur seorang rakan. Dia tanpa segan silu memuatnaik fotonya sedang bercium di Facebook.

Bagi penulis, adalah sangat bahaya memuatnaik foto-foto kurang sopan di Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga bakal berdepan risiko gambar berkenaan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

'Tuduhan homoseksual adalah keterlaluan' - Iqram Dinzly

Kuala Lumpur: “Ini betul-betul dah melampau. Jangan cabar tahap kesabaran saya,” kata pelakon dan pengacara Iqram Dinzly yang berang dengan tuduhan mengaibkan mendakwa dirinya menjalin hubungan songsang dan bersikap liar dengan seorang pelajar Malaysia di London, England hujung tahun lalu.

Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 33, berkata, tuduhan yang mengaitkan dirinya seorang homoseksual bukan pertama kali berlaku dan tuduhan terbaru itu adalah sangat keterlaluan.

“Lapan tahun dalam bidang ini, saya dah penatlah dengan benda-benda macam ini. Daripada ketika saya berkawan dengan Fouziah (Gous) dan terbaru dengan Soo Wincci tak sudah-sudah benda macam ini ditimbulkan.

“Apa yang orang itu cuba buktikan atau nak tunjuk pada semua dengan tuduhan begitu? Saya dah penat berdiam diri selama ini, kali ini saya akan bertindak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Gosip mengaibkan itu tercetus apabila seorang individu yang merahsiakan identitinya mengedarkan petikan perbualan mesej telefon yang berbaur seksual antara Iqram dengan pelajar itu, gambar alat sulit yang dihantar pelakon itu dan gambar mesra mereka di Internet.

Pengarah drama dedah perangai sebenar Lana Nordin & Rita Rudaini di set penggambaran

Seorang pengarah drama tempatan dikenali Shahrulezad Mohameddin secara terbuka mendedahkan perangai sebenar tiga pelakon terkenal iaitu Lana Nordin, Rita Rudaini dan Rosnah Mat Aris ketika berada di lokasi penggambaran.

Pendedahan itu dibuat oleh pengarah itu menerusi akaun facebooknya baru-baru ini bagi menyatakan kekaguman beliau terhadap sikap sebenar ketiga-tiga pelakon terbabit.

Kepada peminat yang beranggapan bahawa Lana Nordin masih seperti dulu iaitu suka berpakaian seksi dan menjolok mata, apakata anda baca luahan Shahrulezad di bawah.

Aksi ‘Panas’ Gadis Berjubah, Bertudung Labuh

Gambar pasangan melakukan perbuatan tidak senonoh kini tersebar di internet.
Adegan panas yang dipercayai dirakamkan secara curi itu memaparkan pasangan muda berkenaan berpeluk dan bercium di tempat awam tanpa perasaan malu.

Apa yang menarik perhatian, wanita yang dirakam dalam gambar ini memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.

Mungkin, suasana angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai membuai perasaan pasangan ini hingga tidak mengawal diri agaknya.
Tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah berkahwin atau belum tapi melakukan perbuatan begini di tempat terbuka sudah tentulah satu kelakuan yang melanggar batasan adab.

Suami, AJK surau cekup isteri curang berzina

Kuala Lumpur: Seorang wanita berstatus isteri orang serta ada tiga anak sanggup melakukan perkara terkutuk apabila dia dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya di dalam sebuah rumah di Kampung Cheras Baru, di sini, petang Sabtu lalu.

Malah, dalam kejadian jam 6 petang itu, suami wanita itu sendiri yang mencekup isterinya dengan dibantu empat ahli jawatankuasa (AJK) surau kawasan itu.

Difahamkan, lelaki berusia 58 tahun itu mengetahui isterinya tinggal bersama lelaki terbabit selepas melakukan intipan.

Menurut AJK surau, selepas memberi salam dan mengetuk pintu, seorang lelaki yang hanya berkain pelekat tanpa berbaju membuka pintu.

“Pihak kami kemudian memperkenalkan diri dan meminta keizinan untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumah itu.

Seksinya Nabila Huda sebagai cover majalah Glam

on 26 May 2014

"Saya tak kisah pun apa orang nak cakap!" itulah sebahagian bait kata-kata yang diluahkan oleh pelakon seksi, Nabila Huda apabila ditanya tentang responnya berhubung etika pemakaiannya yang sering seksi.
Berpeluang untuk menghiasi muka depan Malajah Glam bagi edisi Mei, ibu tunggal itu seperti kebiasaan mempamerkan fesyen pakaian yang begitu gedik dan seksi. Lebih ironi, Nabila turut mengambil kesempatan itu untuk memberitahu bahawa dia tidak kisah apapun pandangan orang lain tentang dirinya.

Piala Thomas : Kekalahan Malaysia di Sebalik Remaja Melayu Ini

Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas membuktikan semangat mereka bukan lagi boleh dipandang enteng.

Kita seolah-olah melihat semangat rakyat mereka yang terkenal dengan disiplin yang tinggi.

Semangat yang samalah membuatkan Jepun berjaya membina semula Nagasaki dan Hiroshima selepas dibom pada Perang Dunia Kedua.

Bermula daripada pasukan pemanas badan di pentas kejohanan badminton berprestij pada dekad dahulu, semalam mereka membuktikan semangat Kamikaze masih belum luput dalam diri mereka.

Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara pemenang Piala Thomas.

Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong Wei dalam pentas antarabangsa itu.

Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun?

Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.

Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Izuan dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa pemain-pemain negara berkenaan.

Syabas Izuan! Kemenangan Jepun memberi nilai sentimental kepada beliau walaupun mungkin kecewa apabila Malaysia sendiri gagal dan kempunan merampas kejuaraan Piala Thomas sejak kali terakhir pada tahun 1992.

-MalaysiaGazette

(Foto) Wanita bogel tengah 'stim' cari suami di Negeri Sembilan

Wanita ini sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.

Apa yang menyedihkan lagi,dikatakan suami wanita ini tidak berkerja dan seorang penagih dadah tegar.

Dikatakan juga suami beliau ini telah melarikan diri dan besar kemungkin disebabkan itu, wanita ini nekad menagih syabu tahap ‘overdose’ sebelum keluar mencari suaminya.

Kejadian yang baru berlaku ini dikatakan terjadi di Negeri Sembilan
Apakah nasib dua orang anak mereka selepas ini..hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Terima kasih kepada rakan yang ‘private’ namanya kerana sudi berkongsikan berita ini.

Ingatlah bahawa dadah itu hanya syok seketika sahaja namun sakitnya sangat berpanjangan dan cerah kemungkinan anda akan cepat maut!!..

SUMBER

Lelaki Buta Dilempang 2 Kali Kerana Teraba Isteri Orang

‘Memang saya buta’

Serdang: “Saya tergamam apabila tiba-tiba ditampar seseorang. Bukan sekali, tetapi dua kali dilempang di pipi kanan dan kiri,” kata seorang lelaki buta yang dituduh mencabul isteri orang di sebuah pangsapuri di Serdang, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nik, 32, menaiki tangga menuju ke kediamannya di tingkat empat pangsapuri.

“Ketika itu, saya baru baru pulang dari tempat kerja. Seperti biasa, saya berjalan sambil berpaut pada besi di tepi tangga itu.

“Tangan kanan saya memegang tongkat, manakala tangan kiri meraba besi di tepi tangga itu. Bagaimanapun, saya rasa seperti tersentuh seseorang. Saya mahu meminta maaf, namun saya tidak mendengar suara sesiapa ketika itu,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai juru urut di Kompleks Kejiranan Putrajaya terus pulang ke rumahnya. - Harian Metro

Blaus Nora Danish terselak peha tarik perhatian peminat

on 22 May 2014

Sekeping foto yang dimuat naik tuan punya badan, Nora Dansih kini menjadi bualan peminat-peminatnya di media sosial.

Foto berkenaan sebenarnya lebih mencerminkan sifat keibuaan Nora kerana memperlihatkan beliau sedang menyuap makanan kepada anak terunanya di atas sofa.

Namun, ianya menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan peminat apabila kain yang dipakainya kelihatan sedikit terselak hingga menampakkan bahagian kakinya yang seksi.

Ianya bertambah sensai apabila blogger Rotikaya memuatnaik foto tersebut ke lama FB mereka.
 
Ada yang mengatakan Nora sengaja mahu menayangkan bahagian kakinya itu, ada pula yang mengatakan itu bukan peha dan pelbagai pelbagai lagi.

Walaupun begitu, Nora memang melakukan yang terbaik untuk keluarganya.

GAMBAR: ‘Sweet Je’ KJ Ambil Anak Balik Sekolah

Tak keterlaluan dikatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) mempunyai populariti ala-ala artis di negara ini.

Jadi selayaknya artis, apa sahaja yang dibuat semua jadi perhatian.

Sampaikan gambar KJ yang datang mengambil anaknya balik dari sekolah seterusnya membantu kanak-kanak melintas jalan pun diambil oleh ‘peminatnya’ yang kemudian memuatnaik gambar tersebut di media sosial.

Rata-rata memberi komen tindakan KJ ini sebagai ‘sweet’ dan bertanggungjawab.

Dari satu segi menghantar dan mengambil anak balik dari sekolah adalah perkara biasa sebenarnya namun apabila seorang menteri mempunyai masa untuk melakukannya sudah tentu ia menjadi satu perkara menarik untuk dikongsikan.

Sebelum ini KJ turut dipuji apabila menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan biasa dan bukannya sekolah antarabangsa sebagaimana biasa dilakukan golongan ternama lain.

Wanita Malaysia Ditahan Sembunyi Dadah Di Seluar Dalam

Cubaan seorang wanita rakyat Malaysia untuk menyeludup syabu dengan menyembunyikan dadah itu pada seluar dalamnya, gagal apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada 12 Mei lepas.

Wanita berusia 29 tahun itu, yang menaiki pesawat Cathay Pacific dari Hong Kong ke Surabaya, ditahan pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di lapangan terbang berkenaan pada 10.45 malam.

Jurucakap Kastam dan Eksais Juanda, Iwan Heriawan berkata dadah seberat 720 gram itu ditemui dalam dua bungkus plastik yang dijahit menyerupai tuala wanita dan dilekatkan pada seluar dalam suspek.

“Pengawasan ketat terhadap wanita itu dilakukan selepas kami mengesyaki sesuatu lalu pegawai keselamatan melakukan pemeriksaan terhadap semua barang yang dibawanya termasuk seluar dalam yang dipakainya,” kata Iwan pada Rabu.

Beliau berkata dalam siasatan itu, suspek memberitahu dia diminta membawa dadah itu untuk diserahkan kepada seseorang di Jakarta.

“Dengan kerjasama Bahagian Narkotik Polis Daerah Jawa Timur, kenyataan suspek benar apabila polis berjaya menangkap seorang suspek lain iaitu warga Nigeria yang berada di Jakarta,” katanya.

Jurucakap Polis Daerah Jawa Timur, Andi Ludianto berkata pihaknya akan terus menjalankan siasatan berhubung kes itu.

“Ini modus operandi rangkaian pengedaran. Individu yang memesan barang (dadah) ada di Jakarta tetapi barang diturunkan di Surabaya. Kami masih menjalankan siasatan kes ini,” kata Andi.

– BERNAMA

Wanita Jatuh Perigi Terlalu Asyik ‘Projek’ - Boyfriend Cabut Lari

on 21 May 2014

Seorang lelaki kini dicari pihak polis selepas lari meninggalkan teman wanitanya yang jatuh ke dalam perigi ketika mereka sedang melakukan hubungan seks.

Lelaki itu memilih untuk melarikan diri daripada membantu Edelia Aponte, 21, apabila dia terhumban ke dalam perigi sedalam 15 kaki (4.6 meter).

Kejadian berlaku apabila Edelia tidak menyedari kayu yang digunakan untuk menutup perigi tempat dia dan lelaki tersebut melempiaskan nafsu longgar membuatkannya terjerlus.

Edelia baru sahaja mengenali lelaki tersebut pada hari kejadian di Ciudad Real, Sepanyol.
Dia bernasib baik kerana ada orang awam yang menelefon polis memaklumkan kejadian tersebut lalu dia berjaya diselamatkan.

Jurucakap bomba dan penyelamat, Leni Portillo berkata, wanita tersebut terselamat kerana dia pandai berenang dan tidak panik selepas jatuh.

Lelaki yang meninggalkan Edelia kini dicari dan akan didakwa atas kesalahan tidak membantu seseorang yang memerlukan bantuannya. -Metro UK

6 Gambar hari-hari terakhir sebelum Izreen Azminda diceraikan suami

Gambar hari-hari terakhir sebelum Izreen Azminda diceraikan suami - Berita penceraian Izreen Azminda dan suaminya, Muhamad Riza Baharuddin antara gosip yang paling hangat diperkatakan di laman sosial ketika ini selepas ia disahkan dalam laporan akhbar Berita Harian semalam.

Punca Muhamad Riza melafazkan cerai secara terburu-buru di lokasi penggambaran pada 16 Mei lalu tidak diketahui namun simpati mungkin ramai kepada Izreen Azminda kerana beliau dimalukan di hadapan beberapa kru produksi dan pelakon lain.

Apa yang jelas, pasangan ini dilaporkan tiba-tiba bertengkar sebaik sahaja jurukamera produksi itu sampai ke set penggambaran dengan memandu dari ibu kota. Memang satu pengalaman tragis buat Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azmindar Mohd Aznam, 29.

Berikut ialah beberapa keping gambar pelakon jelita itu bersantai dan berseronok di hari-hari terakhir sebelum kes penceraian mereka diketahui umum. Kredit kepada portal rotikaya.
 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved