Lebih-lebih lagi gambar yang dimuat naik oleh seseorang artis itu mencetuskan kontroversi secara sengaja atau tak sengaja, maka akan berduyun duyun komen juga kritikan daripada peminat.
Tidak terkecuali artis putih gebu, Tiz Zaqyah juga tidak terlepas daripada menerima kritikan baik positif mahupun negatif. Malahan pelakon yang bakal muncul dengan lakonan terbaru menerusi drama bersiri Kusinero Cinta ini mendedahkan yang dia pernah dia pernah menerima komen-komen berbaur lucah daripada beberapa peminat menerusi laman Instagram miliknya.
Menurut Tiz, dia tidak ambil pusing akan komen-komen melampau sebegitu sebaliknya terus menyekat individu berkenaan atau memadamkan terus komen tersebut
“Kadang-kadang memang saya naik angin juga bila ada pengikut di Instagram memberikan komen-komen yang negatif hingga ke tahap melampau. Apa yang saya buat, saya tidak melayan komen-komen itu. Kalau saya rasa komen tersebut mengganggu saya, saya akan padamkan terus”
“Tapi ada juga dikalangan mereka yang berperangai seperti orang gila menerusi komen-komen mereka. Sebab ada tu sampai ke tahap komen yang berbaur lucah dan tidak sepatutnya. Rasanya bukan saya sorang saja artis yang menerima nasib sebegitu, ramai lagi. Tapi kalau yang jenis pengikut yang begitu, tak dinafi memang saya naik angin dan terus block dia dari Instagram saya,” katanya Tiz Zaqyah ketika ditemui di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, semalam.
Belum Rancang Untuk Berkahwin
Dalam pada itu Tiz juga mengakui yang dia kini sudah lebih bersikap terbuka berkongsikan kisah perhubungan cintanya pada umum.
“Ya, saya akui saya sekarng lebih terbuka. Lagipun benda yang baik buat apa nak sorok-sorok. Saya akan kongsi apa saja perkara bila saya rasa ianya wajar dikongsi kepada peminat saya. Saya rasa lega bila tak perlu lagi nak sorok-sorok berbanding dulu nak kena berdolak-dalih dan mengelah,” tuturnya sambil tersenyum.
Walaubagaimanapun, Tiz berkata dia dan Daniel Haziq belum lagi merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini kerana masing-masing sekarang dengan komitmen kerjaya.
“Naluri seorang perempuan, mesti nak kahwin teapi buat masa kami belum ke arah itu lagi. Dan yang pasti bukan tahun ini. Takkan sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya sekarang,” katanya lagi.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment