Anak Makcik Jual Kuih Puki Luah Rasa Sedih

on 04 July 2014

Pasti, ada antara korang yang telah menerima Whatsapp gambar di atas. Atas niat untuk bergurau agaknya kuih pukis yang dijual makcik ini di sebuah bazar Ramadan di Muar telah diedit huruf S sekaligus menjadikan nama kuih ini satu carutan.

Apabila gambar sudah tersebar di laman sosial terutama menerusi aplikasi mesej Whatsapp, anak makcik ini berasa kurang senang lalu bertindak mewakili keluarganya membuat pembetulan nama sebenar kuih yang telah diserongkan.

Dia juga meluahkan perasaan terkilannya dengan perbuatan tidak bertanggujawab apatah lagi gambar yang disebar turut memaparkan wajah ibunya. Betul juga kata dia, kalau hal ini berlaku pada ibu bapa kita bagaimana perasaannya?
Jadi selepas ini diharap hentikanlah tindakan menyebarkan gambar tersebut sekalipun atas niat mahu bergurau. Kepada sesiapa yang dah terlanjur berbuat demikian, anda bolehlah meminta maaf kepada makcik ini di Bazar Ramadan Sg Abong, Muar. Sambil tu bolehlah juga rasai sendiri keenakan kuih pukis ini
sumber- Cantikje.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved