Maksud Sebenar Gambar Profil Facebook Warna Pelangi

on 06 July 2015






















Maksud sebenar penggunaan gambar profil facebook berwarna pelangi. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menukar “profil picture” kepada bentuk warna pelangi kerana ianya mempunyai agenda yang tersembunyi.


Untuk pengetahuan anda, seperti memetik sumber menyatakan facebook pada ketika ini melancarkan kempen sokongan terhadap perkahwinan sejenis. Oleh itu semua golongan gay, lesbian dan biseksual (LGBT) akan menukar foto profil mereka kepada warna pelangi sebagai tanda sokongan kepada perkahwinan sama jantina.


Maksud Sebenar Gambar Profil Facebook Warna Pelangi


Pada 26 Jun 2015, makhamah Amerika Syarikat telah menghalalkan perkahwinan sama jantina di negara tersebut. Sempena dengan keputusan tersebut, laman sosial facebook telah melancarkan applikasi “Celebrate Pride” tanda sokongan terhadap perkahwinan sejenis.


Perkahwinan Sejenis Melanggar Akidah


Sebagai umat Islam di Malaysia, perkahwinan sejenis adalah melanggar hukum alam dan merupakan perbuatan terkutuk dan harus tidak dicontohi. Seluruh warga Malaysia disarankan tidak menukar profil facebook kepada warga pelangi kerana ianya tanda anda menyokong perkahwinan sejenis.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved