Apa lagi, berpusu-pusulah para wartawan mengejar kisah perkahwinannya yang sekaligus menenggelam impian ‘wedding of the year’ mana-mana artis yang turut berkahwin pada akhir tahun lepas.
Bagaimana pun, kisah perkahwinannya agak pelik kerana identiti suaminya amat dirahsiakan atas faktor peribadi. Apa lagi, ramai orang mula berteka-teki, ada yang kata Datuk A, Tan Sri B, Tun C. Popularnya kisah perkahwinan Syella Kamaruddin ini tak terhenti di komuniti Melayu, malah akhbar berbahasa Cina pun tertarik nak buat bahan berita. Hebat sungguh, kan?
Kini, setahun sudah berlalu. Syella Kamaruddin kembali membawa khabar gembira dengan perkongsian sekeping fotonya yang sedang sarat mengandung. Tahniah kami ucapkan, dan semoga berbahagia!
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment