KUMPULAN Hijjaz membintangi klip video tersebut.
Klip video dan bait lagu berkenaan menceritakan tentang perjuangan Briged Al-Qassam yang mempertahankan tanah Palestin daripada kekejaman rejim Zionis Israel.
Anggota kumpulan Hijjaz itu berkata, mereka mendapat inspirasi untuk membuat lagu berkenaan setelah mengikuti lawatan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke Gaza dan melihat sendiri apa yang berlaku di sana.
"Saya dimaklumkan MAPIM mendapat maklum balas yang amat baik daripada masyarakat Timur Tengah mengenai lagu ini. Ada yang kata ia memberi semangat kepada anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, stesen TV di negara Arab khususnya di Gaza sering menyiarkan klip video yang berdurasi lima minit 34 saat itu, manakala di laman Youtube sudah mencatat lebih 57,000 tontonan sejak dimuatnaik pada 13 Julai.
Isman berkata, lagu berkenaan dimuatkan dalam album ‘Keranamu Baitul Maqdis’ di mana hasil jualan disalurkan sepenuhnya kepada Tabung Gaza MAPIM.
"Saya ingin tegaskan klip video ini bukan untuk menggalakkan orang ramai pergi berperang sebaliknya untuk memberi semangat dan pemahaman mengenai perjuangan mereka yang saban hari berdepan bedilan tentera Zionis," katanya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment