Kisah Sedih Erra Fazira yang Tidak Pernah di Ceritakan Kepada Umum

on 29 April 2014

BERKECAMUK dalam rasa yang lebih banyak ditelan daripada diluahkan, kekuatan yang terbina bertahun dahulu terpancar pada wajah Erra Fazira. Saat matanya berkaca, dia masih mampu tersenyum. Hambar atau tawar, manis dan kelat yang bersulam pahit, seboleh-bolehnya, segala yang dilalui mahu dikunci kemas. Kuncinya dibuang jauh ke gunung dan laut terbentang.

Namun, sudah namanya selebriti tersohor, disebut orang sebagai primadona, Erra tidak boleh menolak tuntutan media. Setidak-tidaknya untuk seketika, dia harus juga bersemuka bagi merungkaikan persoalan biarpun apa yang tersimpan sekian tahun itu yang sudah terungkai di kamar mahkamah.
Tanggal 18 Februari lalu, kira-kira sembilan hari selepas usianya genap 40 tahun, pelakon yang masih mahal di hati rakyat Malaysia itu menerima sebuah takdir. Barangkali takdir itu telah lama tertulis di Luh Mahfuz. Dia kembali menjunjung status janda, sebuah status yang semahu-mahunya dihindari banyak wanita.

Erra dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, sah bercerai talak satu. Hak penjagaan anak tunggal mereka, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran manakala Erra pula diberi hak bermalam dan lawatan bersama. Sepintas lalu, keputusan itu jarang berlaku dalam mana-mana penceraian apabila Erra juga memohon untuk tidak diberikan nafkah sepanjang edah dan mutaah. Erra dikatakan tenang sedangkan sewaktu Emran melafazkan talak kepadanya, lelaki yang juga bapa kandung kepada anaknya itu kelihatan sebak.

Seperti tinta nyanyiannya, Yang Terindah Hanya Sementara, Erra menghela nafas panjang kemudian kembali menyedutnya dalam-dalam. Reda dan pasrah yang berbutir di bibirnya kedengaran mudah, namun di jauh di sudut sanubari, ada sebak yang bersenandung hiba.

“Tenang atau tidak, gelora atau berkecamuk, itu hal dalaman saya, dan kita tak boleh menghakimi perasaan orang lain dengan penglihatan mata kasar. Ada yang meraung kala sakit, ada pula yang sekadar bertahan, setiap orang ada cara dan saya dengan cara sendiri.

Perjanjian rahsia

“Saya ada banyak benda saya harus difikirkan. Saya mungkin tidak perlu meratap tapi itu tidak bermakna saya tidak sedih. Kita tak tahu air mata itu di mana dan kapan keluarnya. Tetapi, saya berada di sini bukan untuk bercerita tentang air mata. Saya tak mahu kisah sedih diulang-ulang kerana saya juga memerlukan semangat.

“Jadi, saya nak sibukkan diri saya, saya juga menantikan detik untuk bersama dengan anak saya dan tidak mahu diganggu ketika itu. Selebihnya tentang kerja,” ungkap Erra yang ditemui sekitar pukul 11 malam, pada hari yang sama setelah statusnya sebagai isteri terlucut secara rasmi.

Ketika dadanya bergelora banyak hala, Erra harus melunaskan sebuah lagi pengakuan. Dia rela isi jiwanya diluahkan namun tidak mudah ditelanjangkan atas nama keterbukaan. Hidup ini harus diteruskan. Sebab itulah, selang tidak sampai dua jam selepas sidang mahkamah selesai, Erra sudah bergegas masuk studio rakaman sebuah program bual bicara di Shah Alam.

“Orang nampak di luar dan tidak tahu apa yang ada dalam hati saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini kerana tugas. Agaknya kalau saya tiada kerja hendak dilakukan, saya akan melepak di rumah melayan perasaan. Ini semua bahagian saya, saya kena hadapi dengan reda,” kata Erra yang kebetulan sedang sibuk sesi latihan sebuah konsert di Istana Budaya bermula 3 hingga 9 Mac ini.

Pelakon yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia itu bagaimanapun tidak berhasrat untuk bercerita lanjut tentang kata sepakat bersama bekas suami yang telah dipersetujui di luar mahkamah.

“Semua sudah terlerai, kami telah berbincang dan kedua-dua pihak sudah bersetuju. Saya mohon agar terma-terma dan isi perjanjian kami itu tidak ditanya secara terperinci.

“Jadi saya pun sudah tidak berhutang dengan masyarakat dan rakan-rakan media. Itu semua sebenarnya sudah berapa lama mengganggu saya, tapi saya ada alasan tersendiri kenapa perkara ini harus dipendamkan. Sekarang semua orang boleh teruskan kehidupan masing-masing, subjek ini telah ditutup,” Erra tenang menjawab persoalan ketika ditemui usai rakaman Primadona di Shah Alam, pada malam 18 Februari lalu.

Ditanya tentang tempoh berdalih itu dan ini dan kemudiannya mengunci mulut, menafikan tidak mengiakan pun tidak, jelas Erra setiap manusia harus ada batasan keterbukaan. Sebagai wanita, ibu, isteri bahkan selebriti yang beritanya diburu segenap inci, dia juga punya alasan tersendiri kenapa soal peribadi harus ditatang kemas-kemas. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.



“Saya ada alasan tersendiri, alasan yang bukannya mementingkan saya seorang sahaja tetapi alasan yang melibatkan banyak pihak. Orang ramai tidak perlu tahu apakah alasan itu kerana masalah dalaman dan keluarga adalah peribadi,” kata Erra tidak mahu pekung di dada dibuka seluas-seluasnya hanya kerana dia bergelar selebriti.

Menjadi artis, disayangi atau dibenci sudah menjadi lumrah. Keprihatinan peminat yang mahu melihat bahagianya berpanjangan amat difahami Erra, namun, retak perkahwinan yang dibina bersama Emran sejak 25 Oktober 2007 itu sudah tidak mampu disambung lagi.

Menangis dua malam

“Saya tidak mahu bercakap banyak dan harap ini yang terakhir saya bercerita begini. Orang boleh cakap macam-macam tetapi kita yang menghadapi. Jangan kata kami tidak berusaha untuk menyelamatkan keadaan. Siapa yang mahukan perpisahan tetapi kami akur dengan perpisahan ini kerana kami telah berusaha,” kata Erra sambil menekap mata.

Malam itu, tiada titis jernih jatuh ke pipinya, namun Erra mengakui, tangisannya sudah mencurah lebat ketika dua malam sebelum lafaz cerai berlangsung Selasa lalu.

“Saya sebenarnya sudah lama reda, ikatan suami isteri boleh putus kerana perceraian, tapi bukan ikatan dengan anak,” ujar Erra terhenti-henti.

Mendapat kekuatan hasil dorongan keluarga dan rakan-rakan, kata Erra tanggal 18 Februari menjadi hari paling bersejarah buatnya namun tidak boleh lemah apatah lagi rebah.

“Saya ada tanggungjawab terhadap keluarga, anak dan pekerja saya. Kalau saya rebah, kalau saya menangis, kalau saya lembik, siapa nak tolong saya nanti.

“Kadang-kadang tanpa dinafikan, kita ini nampak kuat, tapi bila orang sudah tidak ada, saya akan lembik dan menangis tertonggeng juga, cuma orang tidak tahu,” beritahu Erra lega.

Banyak kekecewaan dalam hidup, pernah bercinta dan putus tunang, pernah berkahwin dan bercerai, berkahwin lagi dan bercerai lagi. Bukan sembarangan rasanya kekecewaan yang dihadapi Erra selama ini.

“Saya pandang positif. Waktu zaman muda remaja dahulu, kita gila bila putus cinta, gila bila putus tunang, kenapa semua ini berlaku, rupa-rupanya Tuhan mahu melatih saya. Kalau tidak pernah merasa kekecewaan, bagaimana hendak melalui kekecewaan dan ujian lebih teruk pada masa akan datang.

“Tuhan Maha Kaya, saya antara insan yang dipilih oleh Allah untuk diuji dan diuji lagi. Doa saya moga terus kuat pada masa hadapan. Terfikir juga apa lagi ujian yang bakal saya hadapi, tapi jujurnya, saya tak mahu terlalu berfikir soal itu, risau jadi takut,” titip Erra yang sudah merasai dua detik perceraian dalam hidupnya.

Pertama dia bercerai dengan Yusry Abd Halim pada tahun 2006 hanya setelah tiga tahun berumah tangga dan kali ini, perkahwinannya bersama Emran terlerai dalam tempoh enam tahun, lapor Kosmo.

“Dahulu saya tidak mempunyai anak, sekarang ada anak, lain keadaannya. Dalam perkahwinan pun, gagal yang pertama, kita mahu betulkan semasa perkahwinan kedua, tapi bila perkahwinan kedua pun hancur juga, sakitnya lain macam,” tutup Erra.

Aksi yoga Fouziah Gous, suami jadi mangsa

Seronok tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan senaman Yoga di rumah mereka.

Walaupun, Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.

Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan senaman yoga bagi meningkatkan tahap kesihatan. Tidak semestinya perlu keluar rumah untuk bersenam, di dalam rumah pun boleh.
Sumber

3 Gambar Romantis Diana Danielle & Farid Kamil Tersebar

Ya kali ini kita masih bercakap pasal media sosial lagi. Kali ini, sekeping gambar panas yang dimuat naik oleh Diana Danielle telah menjadi bahan perbualan hangat di kalangan para peminat sekaligus menimbulkan kontroversi. Gambar tersebut yang menunjukkan kemesraan dan keintiman antara dirinya dan suami, Farid Kamil menyebabkan banyak pihak rasa kurang senang. Gambar di bawah dimuat naik dengan caption “Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p“.
Antara komen-komen panas yang diberikan oleh para pengikut akaun Instagram Diana Danielle ialah “kemesraan antara suami isteri tidak baik dipaparkan di khalayak ramai“, “walaupun dah halal, bukan untuk tontonan umum” dan komen-komen yang seumpama dengan itu. Namun ada juga yang menyokong Diana Danielle dengan melahirkan rasa “sweet” melihat kemesraan pasangan ini dan tak salah kerana mereka adalah suami isteri bukannya pakwe makwe.
Diana Danielle bagaimanapun telah tampil memberi penjelasan dengan menjawab salah satu komen daripada seorang pengikutnya yang bernama Liza:-
Dear liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that. Kids under 12 should be supervised while on the net anyway since there are many things they shouldnt be exposed to but this is not one of them
Penulis lihat gambar Diana Danielle dan Farid Kamil di atas agak romantis dan menunjukkan kebahagiaan mereka. Bab hukum tak tahulah apa sebab tak arif dalam hal ini. Yang pasti, Penulis gembira melihat mereka gembira di samping anak tercinta. Semoga kebahagiaan itu terus berkekalan buat selamanya - beautifulnara.com

Kejutan..Lisa 'berpisah' dengan Yusry

Telah melayari bahtera rumah tangga selama dua tahun bersama Yusry Abdul Halim ternyata kesibukan dalam tuntutan tugas sebagai artis membuatkan pasangan ini terpaksa ‘berpisah’.
Sekurang-kurangnya buat ketika ini, kata Lisa Surihani. Masakan tidak, kalau Yusry sibuk dengan kerja-kerja produksinya, Lisa juga tidak menang tangan dengan aktiviti seni.

Terbaru Lisa yang dipilih sebagai hos HBO Sentral dalam Bahasa Melayu sedang menjalani penggambaran filem muzikal, Sinaran arahan Osman Ali di Singapura.

“Saya memang agak sibuk ketika ini, memang agak sukar untuk berjumpa dengan Yusry kerana dia pun sibuk dengan urusan pasca produksi filem terbarunya, Cicakman 3.

“Kami berdua sibuk dengan tugasan masing-masing tapi saya tidak mahu mengeluh kerana industri ini adalah punca rezeki kami," ujarnya.

Namun Lisa memberitahu dia amat bertuah kerana mendapat suami yang bukan sahaja memahami tetapi juga amat mengambil berat terhadap dirinya.

“Walaupun sibuk Yusry tetap mencari masa berjumpa saya. Kalau sempat dia pergi ke Singapura untuk menjenguk saya. Walaupun jauh tanggungjawab dia sebagai suami tetap juga ditunaikan.

“Alhamdulillah saya dapat suami yang memahami. Keluarga baginya adalah perkara yang perlu diutamakan walau sesibuk manapun keadaannya," jelas Lisa lagi.

Diusik perihal soal anak selepas dua tahun melayari alam rumah tangga, Lisa seolah-olah mengelak daripada menjawab persoalan tersebut.

Bukan kurang senang tetapi bagi dirinya adalah lebih baik bercerita tentang kisah kerjaya berbanding peribadi.

“Bukan tidak mahu menjawab tapi sudah cukup rasanya cerita-cerita ini dikeluarkan sebelum ini, banyak sangat cerita hal ini nanti orang akan bosan nanti.

Artikel Penuh : utusan.com.my

Kisah Anak Paling Derhaka:Tak Tahu Ibu Sudah 8 Bulan Meninggal Walaupun Tinggal Satu Rumah

Kuwait. Telah terjadi hal yang sangat aneh di Kuwait. Seperti sebuah cerita rekaan, tapi benar-benar terjadi.
Dua orang anak perempuan tidak mengetahui bahawa ibu mereka telah meninggal dunia 8 bulan yang lalu. Padahal mereka hidup dalam flat yang sama.Baru diketahui setelah tubuh ibu mereka mengurai dan hanya tinggal baju dan tulang dibalut baju. Seperti diberitakan Today ‘s Opinion, Kamis (24/4/2014).

Akhbar Kuwait, Al-Wathan, Rabu (23/4/2014) mengkhabarkan bahawa hasil bedah siasat menunjukkan ibu tua itu meninggal 8 bulan yang lalu. Sedangkan perisikan menyatakan tidak ada unsur jenayah pembunuhan dilakukan oleh kedua-dua anak perempuannya.

Kedua anak telah diperiksa dan terbukti tidak mengetahui perihal kesihatan ibu mereka sejak beberapa bulan sebelumnya, walaupun mereka berdua tinggal bersama ibu mereka. Hal itu menurut pengakuan mereka, kerana mereka sibuk dengan pekerjaan harian memandangkan mereka termasuk keluarga yang kurang mampu.

Hal itu membuat mereka tidak terfikir untuk mengetahui keadaan ibunya yang terbaring di bilik sebelah. Mereka biasa keluar rumah di pagi hari, dan pulang di malam hari.

Mereka kira ibu mereka keluar bilik setiap hari untuk makan, minum dan sebagainya selepas pemergian mereka. Lalu masuk ke bilik lagi untuk kembali tidur seperti biasanya.

Terkuaknya peristiwa tragis ini berawal saat salah seorang anaknya yang lain dan telah lama terbaring di rumah sakit, ingin dan meminta bertemu dengan ibunya.

Oleh kerana itu, dia dibawa ke rumahnya. Setelah masuk bilik barulah diketahui bahawa ibunya sudah meninggal dan hanya tinggal tulang yang tertutup bajunya.

Sumber : Terbakor

Aaron Aziz Melenting Kepada Peminat Di Instagram

Agak terlambat sebenarnya Abang Nara berkongsi kisah ini. Perkara ini berlaku minggu lalu dan mengejutkan banyak pihak. Mana tidaknya, selama ini Aaron Aziz dilihat sebagai seorang yang rileks dan cool. Siapa sangka Aaron boleh mengeluarkan kata-kata yang kurang elok didengar menerusi Instagramnya.
Kejadian ini berlaku apabila ada peminat Aaron Aziz yang menegur cara duduk anak perempuannya yang dilihat seperti tidak sopan dan menyuruh aktor Singapura itu mengajar anaknya cara-cara duduk yang lebih tertib dan sopan.Gambar tersebut telah dikongsikan oleh Aaron menerusi akaun Instagramnya.

Mungkin bengang dengan teguran yang diberikan, Aaron Aziz mengamuk dan mengeluarkan kata-kata berikut di Instagramnya.
Agak kasar jugak kan? Namun mungkin cara teguran si peminat itu tidak betul dan kasar sehingga menyebabkan Aaron Aziz melenting. Seharusnya si peminat kenalah bertolak ansur dan tak mengambil pusing sangat. Kanak-kanak standarlah posing macam itu. Dah nama pun kanak-kanak kan?

SUBHANALLAH! KUBUR JENAZAH WANITA BERCAHAYA KETIKA HENDAK DIKEBUMIKAN [5 GAMBAR]

Kubur jenazah Adzlin Lin Halimi bercahaya gambar yang tersebar di media sosial ini mungkin juga merujuk kepada refleksi cahaya pada penutup papan keranda dan kain kafan yang putih namun dari mata kasar dan aspek lainnya memang ada kelainan – Subhanallah

Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.) - Waris Allahyarhamah (Lavamilotabur)

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah

Foto terkini Nur Fathia yang paling jelita dan menakjubkan

Tergamam penulis seketika menatap sekeping gambar terkini pelakon Nur Fathia yang begitu menyerlahkan kecantikan dan kejelitaannya.

Ia dikongsikan oleh admin fanpage facebook rotikaya yang tidak terlepas untuk mengucapkan secebis ayat romantik berbunyi "Selamat malam Nur Fathia, moga berjumpa dalam mimpi."

Rasanya, gambar ini adalah posing selfie kekasih Aiman Ridza itu yang paling mencetuskan igauan di minda jejaka-jejaka di luar sana sehingga ada yang berharap sangat agar bertemu dengan Nur Fathia walaupun hanya di dalam mimpi mereka sahaja.
Sumber

GAMBAR KUBUR BERCAHAYA DI'EDIT' UNTUK 'SEDAPKAN' CERITA - RAKAN ALLAHYARHAM ADZLIN

Pada 24 April yang lalu, kita digemparkan dengan penyebaran berita kubur jenazah seorang wanita dikatakan bercahaya ketika hendak dikebumikan di Taiping - BACA SINI.

Dan semalam, sahabat kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin yang juga sahabat sekolahnya sejak kecil pula tampil memperbetulkan dakwaan tersebut sekaligus menafikan penyebaran berita tidak betul sebelum ini.

Beliau mendakwa, gambar tersebut sengaja diubahsuai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab agar menjadi lebih sensasi.

Namun, dakwaan sahabat Allahyarham Adzlin ini tidak dapat dipastikan sama ada benar ataupun tidak.

MH370 akhirnya ditemui di Teluk Benggala

LOKASI yang dikesan GeoResonance. FOTO 7news Adelaide 

Adelaide : Sebuah syarikat pencarian yang berpengkalan di Adelaide percaya mereka mengesan satu lokasi disyaki tempat persemadian pesawat MH370 di Teluk Benggala kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.

Syarikat berkenaan, GeoResonance memberitahu 7News, hasil pencarian dan penyelidikan pihaknya berjaya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan pesawat MH370.

Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat MH370 dan operasi pencarian di Lautan Hindi gagal mengesan serpihan pesawat itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott hari ini, mengakui peluang tipis untuk menemui serpihan pesawat di permukaan laut.

GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari di kawasan yang silap dan pihaknya melakukan inisiatif sendiri mencari MH370 sejak 10 Mac.

"Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari bahan perang nuklear, kapal selam...pasukan kami di Ukraine mencadangkan kami patut cuba membantu," kata jurucakap GeoResonance David Pope.

Syarikat itu sudah menganalisa 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai kawasan pesawat terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat.
VISUAL radar dari GeoResonance. FOTO 7news Adelaide 

Saintis pula memfokuskan pencarian di utara lokasi terakhir pesawat dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi untuk menganalisis data.

"Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala.

"Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial," kata Pope.

Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen itu yang mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan lain.

Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.

Pasukan itu turut mengesahkan penemuan dengan membuat analisa perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

Laporan lengkap diserahkan pada 15 April lalu.

"Kami tidak mengatakan ianya sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian," kata Pope.

7News cuba menghubungi Angus Houston dari JACC namun gagal.

Bersuami tapi tiduri tiga lelaki

on 28 April 2014

Nganjuk: Dia sudah bersuami dan mempunyai empat anak tetapi mengaku masih bujang.

Akibatnya Mei Marlina - wanita dari Ngawi di Jawa Timur itu - terperangkap dalam masalah berpanjangan,

Mei 35, kini didakwa mempunyai dua suami serentak, selain menjalin hubungan dengan lelaki ketiga sebagai kekasih.

Kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh seorang penduduk Warujayeng, Bagus Putro Prabowo, 29, yang juga suami kedua Mei.

Mei dikatakan berkahwin dengan suami pertamanya, Deny Wijaya yang berasal dari daerah yang sama di sebuah gereja.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai empat anak.

Namun, Mei berkenalan pula dengan Bagus dan merahsiakan statusnya sebagai isteri dan ibu.

Bagus dan Mei berkahwin secara rahsia sebelum mendaftarkannya di pejabat agama Nganjuk.

Hasil daripada perkahwinan keduanya, Mei melahirkan dua orang anak yang kini berusia tiga dan lima tahun.

Penipuan Mei terbongkar apabila keluarga Bagus mengunjungi mereka di Ngawi.

Seorang ahli keluarga Bagus yang menjadi saksi dalam perbicaraan semalam, Haryanto mendakwa dia melihat surat pernikahan Mei dan Deny selain bertemu dengan anak mereka.

Sebaik mengetahui perkara itu, Haryanto memberitahu Bagus dan bapanya, Gianto yang jelas terkejut dengan status Mei yang masih belum sah bercerai dengan suami pertama.

Selepas kejadian itu, rumah tangga Bagus dan Mei mula bergolak sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Walaupun perceraian Bagus dan Mei masih belum disahkan, wanita itu dikatakan sudah menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Bojonegoro yang dikenali dengan panggilan STK.

Mereka didakwa berkenalan di sebuah kelab malam di Kediri dan apabila perkara itu terbongkar, Mei mengaku yang dia sudah mengadakan seks dengan STK.- Agensi

PEMBANTU KEDAI MAKAN DIROGOL PELANGGAN DALAM TANDAS

Permaisuri: Seorang pembantu kedai makan mendakwa dirogol seorang lelaki yang pernah menjadi pelanggannya di sebuah tandas awam Kampung Nyatoh, Penarik, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 5.40 petang ketika mangsa berusia 23 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di situ dikatakan pergi ke tandas tidak jauh dari premis berkenaan.

Beliau berkata, mangsa berseorangan ke tandas tanpa menyedari diekori lelaki berusia 20-an.

“Setiba di tandas, mangsa ditarik suspek dan diugut tidak membuat bising jika tidak mahu diapa-apakan.

“Mangsa meminta suspek melepaskannya namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum mendakwa dirogol suspek.

“Selepas melampiaskan nafsunya, suspek meninggalkan mangsa sambil memberi amaran supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Penarik untuk tindakan lanjut.

Ab Rahman berkata, mangsa mendakwa mengenali suspek yang dikatakan pernah datang ke kedainya.

Katanya, identiti suspek dikenal pasti dan usaha memburunya dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Adam, Fiza Sah Cerai Talak Satu di Hadapan Hakim Sebentar Tadi

Shah Alam : Spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah hari.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.

Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik Fiza, Azza Elite.

Kejutan : Adam, Fiza Sah Cerai Talak Satu

Shah Alam : Spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah hari.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.
FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid

Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik Fiza, Azza Elite.

Wajah terkini Nasha Aziz yang agak menakutkan

Wajah terkini Nasha Aziz yang agak menakutkan - Apa dah jadi dengan wajah pelakon jelita, Nasha Aziz? Lain macam je penulis tengok pula. Dia buat pendedahan ke ni atau sekadar make-up je?Dua keping foto di bawah penulis ceduk dari akhbar utusan malaysia menerusi artikel hiburan terbaru mereka berjudul Erti Cinta Nasha. Kalau dulu, kecantikan Nasha nampak natural namun macam dah berubah pula sekarang, pada ketika usianya semakin meningkat.

Sumber

Gambar adik Erra Fazira yang cantik bertudung

Gambar adik Erra Fazira yang cantik bertudung - Siapa masih ingat bekas juara Program Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah Binti A. Asis? Dia sebenarnya anak murid Erra Fazira yang berusia 24 tahun dan berasal dari Tawau, Sabah. Boleh dikatakan, Salma juga adik kepada primadona itu.
Kalau mengikut sekeping gambar yang dikongsikan Erra di akaun Instagram miliknya dua hari lepas, beliau memberitahu sangat gembira dengan kepulangan semula Salma ke pangkuannya. Adakah mereka sama-sama bakal menghasilkan album nyanyian yang sudah lama dinantikan ramai peminat?
Semestinya amat ditunggu-tunggu memandangkan Erra kini sudah mempunyai banyak masa untuk menumpukan perhatian kepada dunia hiburan. Suara emas yang dimiliki Salma perlu digilap semula untuk menjadi lebih hebat berbanding sebelum ini. ---- Sumber

Punca Sebenar Pengantin Perempuan Meninggal Dunia 3 Jam Sebelum Bersanding!

Suasana kegembiraan sebuah pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar menjadi pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati 3 jam sebelum majlis persanding mereka bermula semalam.

Mangsa, Junaida Jamaludin, 29, selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, ditemui meninggal dunia dalam keadaan hidung dan mulutnya berdarah di bilik pengantin di rumah SS3 pada jam 8.30 pagi.
Abang mangsa, Kamarul Affendi Jamaludin, 38 memberitahu, majlis akad nikah berlangsung sehari sebelumnya di rumah mereka kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin dan majlis persandingan dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

“Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.

“Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.

“Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman,” katanya sedih.

Sumber

SUASANA CEMAS DALAM PESAWAT FIREFLZ SEMALAM TERSEBAR [3 FOTO]

on 24 April 2014

Gambar dari pesawat sia baru-baru ni, turbulence agak dahsyat
Rilek jangan kecoh-kecoh, jangan panik semua. Harap bertenang..'Pada pandangan aku, ini situasi biasa dalam penerbangan terutamanya semasa melalui cuaca buruk. Ia dinamakan 'Air Pocket' dimana ia boleh berlaku dalam mana-mana penerbangan apatah lagi membabitkan pesawat kecil seperti Fireflyz. Dalam bahasa mudahnya turbulence.. terjadi sebab kapal terbang tu against the power of atmosphere.

LELAKI MEMPUNYAI ‘TATOO HARIMAU’ DITAHAN

SHAH ALAM, 24 April –Seorang lelaki Mualaf berbangsa Cina yang dipercayai suspek dalam kes tembak dua anggota polis dari Cawangan kereta Peronda (MPV) di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lalu telah ditahan polis.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak di Lorong Gunung Rapat 11, Taman Cemerlang Rapat, Ipoh, Perak.

Semasa pemeriksaan dapati seorang wanita Cina berada dalam rumah tersebut. Namun semasa pemeriksaan dijalankan telah menjumpai seorang lelaki berbangsa Cina dan pemeriksaan pihak polis telah menemui tattoo harimau di badan lelaki terbabit.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media sebentar tadi menyatakan dengan tertangkapnya lelaki terbabit kes ini disifatkan selesai. Walau bagaimanapun pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas. Suspek kini direman sehingga 27 April 2014. Kes disiasat di bawak Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


CCTV rakam aksi remaja & ‘lembaga hitam’

GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya.
-Harian Metro

Bandar Yang Bakal Tenggelam Di Malaysia

Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.


Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

Kenapa Cikgu Sekarang Lebih Takutkan Pelajar?

Cikgu zaman dulu dengan zaman sekarang ne jauh bezanya. Kepada yang telah jadi cikgu dan bakal jadi cikgu, tentu anda perasaan perbezaannya. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, pernah jugak la rasa penampar, berdiri atas kerusi dan kena rotan dengan cikgu..hahah. Kalau anda pernah rasa, tentu geramkan! Tapi bila teringat balik rasa macam lucu pulak.Biasalah, masa tu budak-budak lagi. Bila aku dah jadi cikgu, baru faham macam mana susah nak didik pelajar ne jadi manusia.
CIKGU ZAMAN DAHULU
1.Cikgu dahulu sangat garang kepada pelajar. Tak siap kerja rumah siap kena rotan dengan penampar sampai ada yang sanggup tak nak pergi sekolah gara-gara kerja rumah yang tak siap buat.

2.Cikgu dahulu dihormati mengalahkan pak imam masjid. Kalau orang tua yang ada anak dara, mesti teringin nak buat cikgu menantu.

3.Cikgu dahulu ditakuti murid-muridnya. Kalau bertembung dikawasan luar sekolah pun sampai ada yang lari sebab terasa aura cikgu tu.

4.Cikgu dahulu boleh maki hamun pelajarnya yang degil dan nakal. Tak ada masalah sebab murid-muridnya memiliki keimanan kepada Allah dari hasil didikan ibu bapa yang kuat.

5.Cikgu dahulu dapat lesen penuh untuk mendidik anak muridnya. Mak bapak tak kisah kalau anak diorang kena pukul �Cikgu nak buat ape kat anak saya pun buatlah, yang penting jangan sampai cedera dan mati je".

CIKGU ZAMAN SEKARANG 
1.Cikgu sekarang takut nak garang dengan pelajar. Nanti tak pasal-pasal kereta yang tercalar dan mak bapak yang datang mengamuk kat sekolah.

2.Cikgu sekarang orang tak pandang pun. Kalau orang tua yang ada anak dara pun, depa pilih yang engineer dulu yang bergaji lebih besar.

3.Cikgu sekarang kalau bertembung dengan muridnya silap gaya kena langgar pulak.

4.Cikgu sekarang nak marah pun tak boleh sangat takut nanti anak muridnya mengalami tekanan jiwa untuk belajar, nanti anak murid tu akan merosakkan dirinya. 5.Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya. Bila nak nasihat sikit mak bapak masuk campur �Cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan saman cikgu�

Fiza Elite Dan Adam AF Sudah Berbaik Semula

Pasangan suami isteri yang kini di ambang penceraian, Fiza Elite dan Adam AF seolah-olah menunjukkan mereka sudah berbaik semula.
Menerusi akaun Instagram milik Fiza Elite, beliau telah memuatnaik yang menunjukkan Adam AF sedang bekerja dengan caption yang agak manja.

Gambar tersebut telah menerima pelbagai komen dari peminat yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini serta meminta mereka menyelesaikan masalah di luar mahkamah.

Apapun, Katak Comel mendoakan hubungan suami isteri yang dibina mereka tidak dirobohkan begitu sahaja walau apa pun badai yang menimpa.

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Sumber

Gempar.. Pemuda Langgar Kereta Rasmi DS Najib Razak! Apa Yang Berlaku Selepas Itu?

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.

“Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.

Mohmad berkata siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah. – Bernama

Pelakon Maria Farida Tampil Beri Pendedahan Tentang Shah Jaszle!!

Salah seorang mangsa pelakon terkenal Shah Jaszle iaitu Maria Farida telah tampil memberikan komen terhadap isu Shah Jaszle yang kini sudah putus tunang gara-gara sudah bertemu kekasih baru.

Maria Farida menyatakan dirinya langsung tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada Shah Jaszle ketika ini kerana itu semua merupakan kesilapan dirinya sendiri.

“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia (Shah Jaszle) yang jahanamkan hidup dia sendiri.

“Whats goes around, comes around. Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini paling besar,” kata Maria Farida dengan panjang lebar.

Pada masa yang sama, Maria Farida turut melahirkan rasa simpati dengan tunang Shah Jaszle iaitu Redzwani Puteri yang masih mempercayai aktres buaya darat itu walaupun dia secara terangan mengetahui pembohongan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh kekasihnya.

“Kasihanlah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shahz Jaszle) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar dari orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversinya itu,” tambahnya lagi.
 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved