Menurut Farazila, Sham mula berubah menjadi hipokrit sejak mula berhijrah. Rasa hormat dan kagum orang sekeliling membuatkan dirinya berasa mulia dan bangga.
“Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampun. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.
Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.
“Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu.
Bagi yang mengikuti perkembangan Sham di laman sosial Facebook miliknya, pasti anda dapat melihat banyak status-status yang menyeru muslim dan muslimat mengerjakan suruhan Allah terutamanya solat dan menutup aurat. Namun menurut Farazila lagi, ia hanyalah omong kosong, malah dia juga turut membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan terhadap gambar dan rakaman video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu.
“Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.
“Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.
“Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.
“Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.
“Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua ata balik kampung saja.” cerita Farazila dengan panjang lebar.
{ 2 comments... read them below or add one }
hal2 rumah tangga nie biasa la,ada pasang surut nya,bila tngh panas semua abis diungkit, tu lah masa nya shaiytan nk mengapi2 kan.....
21 April, 2014 23:08
nie nak ingatkan kita nie, jgn senang2 puja org bila watak tu nmpk warak...ramai yg berlakon, malah dr zaman dulu lg pun ramai yg munafik...kena kaji dan fikirkan.
bks bini dia bkn sj2 ungkit, tp dia rs bersalah klau benda betul tp didiamkan, org yg plg dekat dan kenal sesorg tu samada suami atau isteri, klu smpai berlakon jadi warak dan bgga sbb dpt pujian org, itu bkln hal rumah tgga lagi dah.
25 April, 2014 16:20
Post a Comment