Pada 18 April lalu, Syamsul Yusof dan adiknya Syafiq telah selamat mengadakan majlis resepsi bersama di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis meriah yang bermula jam 8 malam itu telah dihadiri kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, rakan artis dan media.
Syamsul dan Puteri Sarah yang mengenakan busana berwarna jingga muda manakala Syafiq dan Aeisha mengenakan busana berwarna perak telah diarak masuk oleh ahli keluarga ke dalam dewan utama. Konsep persandingan mereka pada hari tersebut ialah tradisional Melayu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah melangsungkan pernikahan pada 9 Mac yang lalu di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara sementara Syafiq dan Aeisha pula pada 5 April di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment