BERPISAH DENGAN FIZA? - ADAM AF2 MINTA MASA BERI PENJELASAN

on 18 April 2014

Gambar Fiza tanpa Adam
 
Bermulanya gosip perpisahan antara Adam AF2 dan Fiza Elite kira-kira 6 bukan lalu (Oktober 2013), ramai yang berteka-teki apakah ia gosip sahih atau sekadar cerita hangat artis yang disensasikan.

Ini kerana, baik Adam mahupun Fiza sendiri menafikan yang rumahtangga mereka bergoyang gara-gara cemburu disebabkan Fiza secara kebetulan bertemu dan berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak. Bukan setakat cemburu, malah Adam turut didakwa mengungkit kisah lama hingga Fiza meninggi suara.
Teka-teki bertambah panas apabila laman sosial Adam dan Fiza sekarang tidak langsung memuatkan gambar pasangan masing-masing. Gambar Fiza tanpa Adam, gambar Adam pula tanpa Fiza. Ia ibarat kes Erra Fazira dan Engku Emran yang akhirnya berpisah jua!

Dan dikesempatan media bertemu dengan Adam di pra tonton filem Bahaya Cinta, di TGV One Utama, Petaling, Selangor kelmarin, Adam bagaimanapun memohon diberi sedikit masa untuk mengumumkan kedudukan status rumah tangganya dengan Fiza.

"Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.

"Apa-apa berita tentang rumah tangga kami, Insya-Allah saya akan beritahu kelak,” katanya ringkas.

Bergambar bersama keluarga tanpa Adam

Tambah penyanyi dan pelakon itu, dia akui sebagai selebriti segala berita baik dan buruk akan dapat dihidu oleh media dan masyarakat. 

"Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian," katanya yang turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada media bagi mengelak ditanya isu tersebut. 

Fiza sambut birthday anak bersama bekas suami... tanpa Adam

Untuk rekod, Adam atau nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkahwin dengan Fiza (Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim) pada 26 September 2013. Perkahwinan tersebut adalah yang pertama bagi Adam manakala ia adalah yang kedua buat Fiza yang mempunyai dua cahaya mata. 

Ayuh kita doakan yang terbaik buat mereka! 

Laman sosial Adam tanpa gambar Fiza

Laman sosial Fiza tanpa Adam

Keratan akhbar gosip mereka Oktober 2013
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved