Gambar cantik pelakon Atikah Suhaime (21 Photo)

on 05 June 2014


Gambar cantik pelakon Atikah Suhaime - Hanya sekilas pandang gambar pelakon Atikah Suhaime, korang pasti akan terpegun dan terpesona dengan kecantikan wajahnya yang amat menakjubkan. Samada memakaimake-up atau tidak, Atikah tetap kelihatan menawan. Inilah yang dikatakan sebagai kecantikan sejati, asli dan semulajadi. Tak macam wanita korea yang kebanyakkannya melakukan pembedahan plastik.

Bercerita tentang identiti pelakon ini, Atikah Suhaime, 22, berasal dari Singapore yang seperti beberapa artis lain turut mendapat peluang untuk mengembangkan kerjaya seni di Malaysia. Lengkap dengan pakej rupa paras cantik dan bentuk badan yang slim, tidak hairan jika Atikah dengan mudah berjaya memikat hati si pengarah dan penerbit filem dan drama untuk memberinya peluang berlakon.

Sehingga kini, anak kedua dari tiga beradik ini telah membintangi beberapa drama siri, telemovie dan filem seperti drama siri Rawan & Rubi, telemovie Doa Ibu & Kampung Mangkuk Sengkuang, dan filem Lagenda Budak Hostel & Longkai.

Sebelum datang ke Malaysia, Atikah pernah bekerja sebagai eksekutif pengiklanan di sebuah syarikat korporat di Singapura selain pernah membintangi drama siri Dikir Puteri dan Delicatessen.

Di sini, admin ingin berkongsi beberapa keping gambar cantik Atikah Suhaime yang amat memikat hati admin sendiri. Pastinya, bukan admin sahaja yang terpaut dan terpikat dengan pelakon comel ini malah kepada semua lelaki yang sempat berkunjung untuk membaca entri ini.
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

tak cukup banyak la.. kita nak lg.. sangap


05 June, 2014 22:53
izzul 24 said...

molek lagi kalau dia pakai tudung


05 June, 2014 23:10

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved