Model majalah Felixia Yap yang kini mengamalkan pemakaian seperti seorang gadis Muslim hari ini menyelar pihak tertentu di laman Facebooknya.
Dalam status terbarunya, Felixia mengetahui ada pihak yang cuba mencari semula gambar-gambar lamanya yang seksi dan ada juga yang bergambar dengan keadaan yang lebih teruk lagi.
Menurut Felixia, pihak berkenaan mahu mencari gambar lama, meletakkan banyak komen dan kemudian mengaibkan dia di laman sosial berkenaan.
“Selamat pagi, nampaknya ada orang cuba nak mencari gambar lama saya, like gambar tu (klik sini), komen banyak-banyak dan buka aib saya depan orang ramai,” katanya.
Beliau berkata di laman Facebooknya, Felixia Yap beliau sahaja yang menjadi pengendali laman berkenaan menggunakan nama sebenar Yeap Chin Yee atau nama komersialnya sebagai model Felixia Yap.
“Sebelum nak marah-marah tu, ingat ye kawan-kawan semua, tangan saya cuma sepasang, saya hanya insan yang ingin berubah lebih baik dan saya ada masa lalu saya.
“Yang komen nak (tidak sesuai ditulis).. nak admin masuk neraka dan lain-lain sedarkan bahawa anda sebenarnya sedang mengaibkan diri sendiri juga,” katanya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment