Semalam Rita Rudaini ada membuat kenyataan bahawa Aidil Zafuan langsung tak jenguk anak-anak lepas kahwin baru dan Zarema Zainal dikatakan "block" komunikasi antara Aidil dan Rita.
Wartawan mStar telah dihubungi oleh Aidil Zafuan untuk menceritakan kisah sebenar.
ZAREMA HALANG KOMUNIKASI
Tentang Zarema block aplikasi WeChat dan Whatsapp, ternyata itu pembohongan sahaja. Aidil memberitahu, Zarema tiada kaitan langsung dengan perkara ini.
Ini kata Aidil: isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsAppdan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus?
LEPAS KAHWIN TAK JENGUK ANAK
Aidil juga akui tak sempat menziarahi anaknya kerana beliau kini menetap di Johor dan kekangan masa bermain bola sepak dan bekerja.
TAK PEDULI ANAK SAKIT
Kata Aidil, dia langsung tak tahu anaknya sakit dan keadaan anaknya. Aidil hanya tahu anaknya masuk hospital melalui instagram Rita Rudaini.
Aidil juga memberitahu, RIta Rudaini yang tak pernah memberitahu hal anaknya dan khabar anaknya.
Ini kata Aidil: saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.
Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya? Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.
NAFKAH ANAK-ANAK DAH BAYAR?
Aidil mendedahkan, Zarema yang akan membantunya bank in duit jika dia busy dengan kerjayanya.
Ini kata Aidil: Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru. Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja.
TINDAKAN TERHADAP RITA
Aidil juga menambah terpulang kepada Zarema untuk mengambil tindakan terhadap Rita kerana memburuk-burukan Zarema kepada media.
Sumber hotlips-yuya.blogspot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment