Home > Archives for October 2014
Gambar Lelaki Bunuh Diri Terjun Dari Tiang
Posted by Unknown on 28 October 2014 at Tuesday, October 28, 2014
Punca Sebenar Johan tak sertai MLM 2014
Posted by Unknown on 27 October 2014 at Monday, October 27, 2014
KUALA LUMPUR: Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan yang begitu sinonim dengan program-program ‘reality show’ di saluran Astro Warna kali ini membuat keputusan untuk tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).
Mungkin ramai peminat yang kecewa kerana tahun ini tiada lagi gelagat pasangan serasi, Johan dan Zizan Razak atau Jozan dalam menyemarakkan saingan pelawak yang lain di MLM 2014.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, memberitahu bahawa keputusan tersebut diambil atas faktor kesihatan dan komitmennya kepada kerja dan keluarga.
“Julai lalu saya ada membuat pembedahan pada ligamen lutut dan memang doktor ada menasihatkan supaya saya tidak banyak bergerak. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan Super Spontan musim kali ini,” kata Johan yang baru sahaja dinobatkan juara Super Spontan 2014.
Johan turut memberitahu pada masa yang sama isterinya, Ozlyn Wati kini sedang menunggu masa melahirkan anak keempat mereka.
“Ozlyn pun sekarang hanya menunggu masa bersalin, jadi sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak menyertai MLM tahun ini kerana mahu berehat selepas Super Spontan dan membantu isteri bersama anak yang baru lahir nanti,” jelas Johan yang telah dikurniakan tiga anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Ozlyn.
Namun Johan menafikan timbul rasa cemburu melihat Zizan bergabung dengan Yus dan Tauke menjadi ‘Virus’ dalam MLM kali ini.
“Tak ada istilah cemburu bagi saya, tidak menyertai MLM kali ini bukan bermakna Jozan berpecah. Kalau ada show yang memerlukan Jozan, saya akan turut serta.
"Walaupun tidak menjadi peserta, saya akan tetap menjadi penonton setia dan menyokong semua rakan-rakan di pentas MLM nanti,” kata Johan.
MLM 2014 akan mula menemui peminat lawak negara November nanti dan masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal.
Selain kumpulan Virus, peserta lain yang menyertai MLM 2014 ialah Sepahtu, Shiro, SYJ, Nabil dan ramai lagi
Peraturan nombor pendaftaran, cermin gelap dan lampu ‘strobe’ terkini
Posted by Unknown at Monday, October 27, 2014
Penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun depan.
Peraturan baharu itu menetapkan VLT bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
Sementara itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas terhada pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ‘strobe’, lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi bermula 1 Nov depan.
KERAJAAN HADIAHKAN EMAS KEPADA PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM
Posted by Unknown at Monday, October 27, 2014
Warga Dubai yang menggunakan pengangkutan awam akan diberi emas seberat 4 kilogram oleh kerajaan. Hadiah itu merupakan satu dari banyak kejutan yang diagihkan dalam rangka perayaan lima tahun Hari Pengangkutan Awam pada tarikh 1 November akan datang.
BBC edisi minggu lalu menyiarkan langkah ini dibuat oleh Kerajaan UAE melalui Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Jalan (RTA) agar mendorong rakyat menggunakan pengangkutan awam berbanding kereta peribadi.
"Melalui inisiatif Hari Pengangkutan Awam, RTA berusaha mengadakan pelbagai segmen komuniti untuk menghentikan pergantungan terhadap kenderaan peribadi dan beralih ke mod pengangkutan awam di UAE," ungkap Ketua Pegawai Eksekutif RTA, Yousuf Al Ali.
Hadiah emas itu akan diberikan melalui cabutan bertuah dan kejutan lain selama satu minggu penuh. Program ini telah bermula sejak hari Ahad, 26 Oktober 2014. Selain emas, RTA juga menyiapkan hadiah mewah lain. Jumlah hadiah yang diberikan mencapai 1 juta Dirham.
Selain memberikan kejutan, acara Hari Pengangkutan Awam turut dimeriahkan pelbagai pertandingan dan acara, termasuk salah satunya melibatkan pemain bola keranjang iaitu dari Amerika Syarikat yang sudah bersara, Kareem Abdul Jabbar.
Dia akan hadir dalam pertandingan bola keranjang jalanan di stesen kereta api bawah tanah. Jika memenangi pertandingan tersebut, maka warga boleh meraih hadiah bernilai 10 ribu Dirham.
Namun, kerajaan hanya akan memberikan hadiah tersebut kepada mereka yang komited naik pengangkutan awam. Oleh sebab itu, warga diharuskan mempunyai kad perjalanan Dubai untuk ikut dalam pertandingan bola keranjang tersebut. Selain itu, jawatankuasa juga mengadakan kempen derma darah.
Tahap pemilikan kereta di Dubai antara tertinggi di dunia, dengan rata-rata mencapai 2,3 kereta untuk setiap keluarga. Hanya 13 peratus sahaja yang menggunakan pengangkutan awam.
RTA mensasarkan kenaikan sebanyak 30 peratus terhadap penyertaan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Caranya dengan memberikan potongan harga bagi kadar tambang pengangkutan awam.
Hal ini, merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mengurangkan kadar kesesakan di sana.
Sumber: viva.co.id
Gambar Hot Siti Saleha Berlegging Membakar Jiwa Jejaka
Posted by Unknown at Monday, October 27, 2014
Dulu elok je pakaian dia.., tapi mungkin kerana nak ikut fesyen semasa.., Siti Saleha beralih arah ke pemakaian yang lebih seksi dan up to date..
Apapun.., gua rasa kalau Siti Saleha pakai yang lebih bersopan sikit, tak kurang pun kecantikan yang Tuhan anugerahkan tu kannn.. Pakai legging seksi macam tu bukan bermakna akan jadi extra cantik punn…
Kekadang, pakai ketat-ketat macam tu akan menambahkan lagi kutukan dan kritikan dari peminat.. Kalau sanggup kena kutuk.., sila teruskan je lah.. Bukan gua yang rugi.. Peace!!
– sumber -
JULIA ZIEGLER TIDUR DENGAN PRODUSER DEMI DAPATKAN JOB?
Posted by Unknown at Monday, October 27, 2014
Dengar cerita Julia Ziegler tidur dengan produser demi dapatkan job, betul ker?? apepun jom kita terjah!!
Tahun ini saja, beberapa kontroversi silih berganti yg mengaitkan namanya. Awal bulan lalu Julia Ziegler menjadi bualan hangat ramai ekoran isu kononnya dia minum hingga mabuk di Sydney Australia.
Kemudian timbul pula dakwaan pelakon berdarah campuran Jerman-Amerika (sebelah ayah) dan Melayu-Jawa (sebelah ibu) ini dikatakan bersikap biadap dan sombong terhadap tuan rumah semasa menjalani sebuah pengambaran drama, sekitar beberapa minggu lalu.
Terbaru timbul gosip, Julia katanya telah tidur dengan seorang lelaki bergelar produser demi mendapatkan tawaran dalam drama terbitan produksi lelaki berkenaan. Sikit masa dulu aktres berusia 30 tahun ini pernah juga dihimpit dengan kontroversi sebegini, namun isu tersebut lama-kelamaan hilang begitu saja.
Tidak terkejut dengan tuduhan yg timbul itu, Julia sebaliknya menyifatkan isu tersebut sebagai satu lagi fitnah yg dilemparkan terhadap dirinya.
Saya akui saya memang berkawan rapat dengan dua orang produser tetapi kedua-dua mereka perempuan dan bertudung pula tu. Buat apa pula saya nak tidur dengan mereka?
Lagipun cerita sebigini pernah timbul semasa saya mula-mula berlakon dulu. Apa yg di dakwa itu fitnah.
Kalau saya kenal seseorang produser lelaki itu, saya akan kenal sekali isteri serta anak-anaknya.
Saya tak perlu tidur dengan sesiapa untuk dapatkan job atau apa saja tawaran berlakon. Rezeki tu bukan datang daripada mereka pun, rezeki datang dari Allah. Kalau saya dapat satu satu job tu, Alhamdulillah. Kalau tidak, bermakna ia bukanlah rezeki saya, jawabnya dengan nada tegas ketika ditemui di kompleks kraft Kuala Lumpur, semalam.
Sebagai artis Julia berkata dia akur dengan lumrah dan asam garam bergelar seorang selebriti yg sentiasa akan dilemparkan dengan pelbagai cerita sama ada cerita baik ataupun cerita kontrovesi.
Sudah lali dengan gosip dan kontroversi, justeru dia tidak terlalu ambil pusing dengan hal itu.
Memang beginilah cabaran yg perlu kami hadapi sebagai artis. Dalam dunia ni pun setiap orang pasti ada yg disukai dan ada yg tak disukai. Kalau kita buat baik macam mana sekalipun, kalau dah orang tak suka kita, orang tetap ingat kita ada niat lain.
Allhamdulillah, rezeki saya tak putus. Tapi tak dinafi tahun ni banyak pula kontroversi yg mengaitkan saya. Lepas satu.. satu. Mungkin ada orang yg kurang senang sebab melihat hidup saya lebih baik daripada mereka. Tapi tak mengapalah. Paling penting saya bahagia dengan hidup saya dan keluarga kenal siapa saya. Itu sudah cukup.
Saya pun tak perlu nak ambil tindakan apa-apa terhadap mereka ini kerana saya percaya akan karma. Saya percaya setiap perbuatan itu ada balasannya. Balasan Tuhan itu lebih besar, jadi saya taak perlu berbuat apa-apa, katanya yg turut memberitahu sentiasa mengamalkan berfikiran positif meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Sementara mengenai perkembangan seni pula, Julia kini sedang sibuk menjalani penggambarandrama bersiri arahan Erma Fatima berjudul ‘Janda Muslimah’. Selain itu dia bakal menjalani sebuah lagi drama untuk terbitan RTM.
Julia bakal muncul dalam telemovie berjudul ‘Syampoo Girl’.
Dalam drama tersebut dia memegang watak sebagai seorang pengusaha salon tetapi dalam dia dia sebenarnya menyeludup dan mengedar dadah.
Sehari selepas peluk Islam, Gadis mualaf maut sebelum Aidiladha
Posted by Unknown on 05 October 2014 at Sunday, October 05, 2014
JOHOR BAHRU 4 Okt. - Seorang wanita berusia 20 tahun yang dipercayai baru memeluk Islam, maut selepas kenderaan yang dinaikinya bersama tiga rakan lain terlibat dalam satu kemalangan awal pagi ini di Kilometer 15, Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.40 pagi itu, mangsa, Lii Sii Ping atau nama Islamnya, Nur Hidayah Insyirah maut apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad menerusi satu kenyataan memberitahu, mangsa yang merupakan penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut di tempat kejadian.
"Kenderaan jenis Toyota Vios itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan mengorbankan mangsa akibat kecederaan parah.
"Polis masih menyiasat punca kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Sii Ping atau Nur Hidayah merupakan mahasiswa jurusan kejuruteraan di UPNM dan dipercayai baharu memeluk Islam semalam.
Turut terlibat dalam kemalangan itu termasuklah tiga penuntut UPNM yang lain iaitu Mohd. Azrin Mohd. Idris, Muhammad Faridz Izzat Hamidnudin dan Mohamad Faridzuan Abdul Hamid.
Sumber: UTUSAN MALAYSIA
Seram!!! Disebalik Nota Terakhir Daripada Mona Fandey
Posted by Unknown at Sunday, October 05, 2014
AKU mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya.
Sebelum ini aku tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. Aku bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.
Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, aku pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?
Akhirnya aku menemuinya, aku berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwaku dengan tiba-tiba. Saat itu aku di dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Pertama kali aku melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu aku mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT aku dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).
Aku masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, aku sebak, sedih bercampur. Ya, rasa ‘bahagia’ atau rasa yang menerjah kalbu. Dengan air mata, aku menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, aku datang dari jauh dan mendirikan solat di Masjid Nabawi.
Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan. Aku berasa hampir dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, aku menghitung hari seterusnya berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama aku di tanah suci.
Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah jiwaku. Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari aku melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil.
Saban hari aku melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar undang-undang jenayah dan sivil.
Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT semua ini tidak akan berlaku.
Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata ‘kalaulah’ kerana semua yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Aku menghadiahkan al-Fatihah kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doaku untuk mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan nama.
Nama sebagaimana? Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa jenayah sedemikian terjadi?
Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan aku dan rakan-rakan wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup dengan mendakwa sebagai bomoh.
Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu pembunuhan yang teramat kejam.
Aku tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey. Dia seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi.
Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan perasaan hatinya dalam nota autograf yang aku ambil daripadanya dan kini tersimpan sebagai khazanah peribadi. Bunyinya ringkas: “Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku.”
Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak. Pada satu ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri dikerat-kerat 18.
Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram remang bulu roma. Tidak semena-mena kedengaran bunyi ‘keruk-keruk’. Para hadirin memandang sesama sendiri.
Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan berita eksklusif. Pada petang itu, aku memperoleh maklumat daripada sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.
Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir berdarah.
Aku masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke Penjara Kajang. Hukuman mati sudah dijatuhkan.
“Saya nak senyum.” Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepadaku apabila ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara. Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.
Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum? Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah. Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, aku tidak berhenti berfikir. Apabila sampai di pejabat, aku cerita kepada Ketua Pengarang ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai kata-kata Mona Fandey.
Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang ‘tak kena’ pada wanita ini. Namun aku jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Aku beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa dirinya.
Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia, “Saya nak senyum.” Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas. Apabila dikenangkan, aku pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan seolah-olah mendewakan wanita ini.
Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah. Aku masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan.
Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi. Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi.
Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan mengiring orang mati pun menyanyi. Apa yang menariknya, Mona Fandey meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam mahkamah.
Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah jadi pentas hiburan. Aku berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih terpesong.
Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya ini.
Sumber oopsshmedia.blogspot.com
(7 Gambar)~Kemalangan Teruk Melibatkan 7 Buah Kenderaan Selepas Terowong Menora Pagi Tadi
Posted by Unknown on 04 October 2014 at Saturday, October 04, 2014
Kuala Kangsar: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya PLUS menghala ke utara berdekatan Terowong Menora, 11.45 pagi, hari ini.
Kemalangan dipercayai berpunca daripada treler yang dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala lima belas mangsa kesemuanya terbabit dalam kemalangan itu.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.
Menurutnya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki tol Ipoh dan keluar ke tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan. – Harian Metro
“Kepada kawan-kawan yang pulang ke utara, sila berhati-hati selepas Terowong Menora. Berlaku kemalangan teruk dan menyebabkan jalan sesak. Hanya satu lorong dibuka.
Sebagai alternatif, sila exit Ipoh dan lalu Sungai Sipot, masuk semula di Tol Kuala Kangsar.
Apa yang saya lihat, ada dua orang di tempat duduk belakang (kereta merah), masih tersepit dibawah tayar lori. Pemandu dan penumpang di bahagian depan telah dikeluarkan.” – Naimz Zainuddin
Pemandu bas di bawah adalah saksi kejadian:
Sumber : my-media-hub
(FOTO) KEHIDUPAN ORANG ASLI 'KARNIVOR' DI PEDALAMAN RUSSIA
Posted by Unknown at Saturday, October 04, 2014
OK, ini sedikit seram. Tak sangka juga masih wujud lagi puak yang dikatakan mengamalkan pemakanan gaya Karnivor ni. Suku kaum orang asli yang jarang sekali dapat dilihat itu masih wujud di sebuah kawasan pendalaman Siberia di Russia.
“Nenets”, itulah gelaran bagi mereka yang tinggak di kawasan pergunungan salji Tundra. Dengan kehidupan dalam iklim yang sangat sejuk itu, mereka menjalankan aktiviti utama mereka iaitu menternak rusa.
Merujuk kepada perkataan Karnivor sudah tentu mereka adalah pemakan daging dan yang agak menakutkan bagi kita yang tidak biasa apabila mereka memakan daging yang mentah. Bagaimanapun itulah amalan tradisi mereka.
Selain sebagai sumber makanan utama mereka, Kulit rusa juga dijadikan sebagai pakaian dan tempat tinggal kaum “Nenets” ini. ─ SiakapKeli.com
LELAKI INI LUKIS POTRET MENGGUNAKAN MESIN TAIP
Posted by Unknown at Saturday, October 04, 2014
Luahan Hati Keluarga Bayi Yang Meninggal Di Taska
Posted by Unknown at Saturday, October 04, 2014
Seperti yang diketahui baru-baru ini viral satu kes kematian bayi di pusat asuhan taska di Putrajaya.Yang membuatkan admin lebih geram apabila keadaan bayi tersebut yang sudah bersemut ketika ibunya menemui bayi tersebut menyebabkan orang ramai marah dan mahukan pihak taska dibawa ke muka pengadilan.
Beberapa komen dikesan dari pihak yang menyebelahi taska juga menafikan akan kecuaian taska tersebut malah ada yang mendedahkan taska tersebut telah terkenal kerana banyak kes sebelum ini berjaya lepas begitu sahaja.
Hari ini admin kongsikan satu luahan hati dimuat naik adik kepada ibu bayi tersebut yang kesal dengan sikap sesetengah pihak membuat andaian tanpa tahu akan hal yang sebenar.Pihak keluarga bayi tersebut juga kesal dengan tindakan polis yang mengeluarkan laporan awal post-mortem sedangkan mereka sendiri belum mengetahui keputusan tersebut.
Admin disini tetap menyokong pihak keluarga tersebut kerana alasan yang tidak logik serta keadaan bayi tersebut ketika dijumpai amatlah menyedihkan dan menyayat hati.Admin mendoakan keadilan yang bakal diberikan terhadap keluarga Muhamad Zamri Anuar.
Al-Fatihah,
LAMBAIAN HAJI TIBA LAGI~TERKINI KEADAAN DI MEKAH SEKARANG
Posted by Unknown at Saturday, October 04, 2014
Sumber Reuters
Bila Suami Disoal “Abang Sayang Saya?”
Posted by Unknown on 03 October 2014 at Friday, October 03, 2014
IMAM SYAFIE pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.”
Mendengar itu, isterinya bertanya lagi, “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?”
Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.
5 KELAKUAN SANGAT BODOH DAN PELIK DI ANUGERAH OSCAR
Posted by Unknown on 02 October 2014 at Thursday, October 02, 2014
Trey Parker dan Matt Stone mengejutkan ramai orang di Anugerah Oscar tahun 2000 dengan memakai pakaian perempuan seperti pakaian yang pernah dipakai Jennifer Lopez dan Gwyneth Paltrow.
Di tahun 1992, aktor Jack Palance memenangi Oscar kerana lakonannya dalam filem City Slickers. Uniknya, aktor yang berusia 73 tahun ini tak mahu dianggap sudah tua lalu melakukan push up dengan satu tangan di atas pentas.
Berjalan atas kerusi
Aktor dan sutradara Roberto Benigni memenangi tiga kategori sekaligus dalam Academy Awards tahun 1999, iaitu Best Actor, Best Foreign-Language Film, dan Best Original Score atas filemnya, Life Is Beautiful. Kerana terlalu gembira, komedian ini berjalan menuju pentas dari atas kerusi-kerusi penonton.
Seorang jurugambar dan pemilik galeri seni, Robert Opel, 33 tahun, tiba-tiba muncul atas pentas dalam keadaan telanjang bulat dan menunjukkan isyarat “peace” dengan jarinya sesaat sebelum aktor David Niven membacakan pemenang kategori Best Pictures di tahun 1974.
Selepas menerima Oscar bagi kategori Best Supporting Actress untuk filem Girl, Interrupted di tahun 2000, Angelina Jolie melakukan sesuatu yang kontroversi iaitu berciuman dengan adik kandungnya, James Haven. Jolie mengatakan bahawa mereka saling menyayangi (sebagai saudara).
Inilah Wanita Yang Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Elak Daripada Di Buru Polis.
Posted by Unknown at Thursday, October 02, 2014
Pembedahan plastik biasanya dilakukan untuk memperbaiki bahagian tubuh yang rosak atau menambahkan kecantikan. Dengan alasan pekerjaan atau ingin penampilan lebih menawan. Perkara berbeza yang dilakukan wanita ini, dia melakukan pembedahan plastik agar tak ditangkap polis. Walaupun rupanya telah berubah menjadi lebih cantik berbanding sebelum ini namun usahanya tetap sia-sia.
Wanita yang tidak disebutkan namanya ini menjadi buruan sejak tahun 2012 lalu. Dipetik dari rocketnews24.com, dia menjadi buruan polis kerana terlibat dengan kes peras ugut. Wanita muda yang masih berusia 21 tahun ini melakukan pembedahan di bahagian mata dan hidung untuk mengelak dari buruan polis, sehingga dirinya sukar ditangkap.
Ditangkap Karena Bentuk Telinga Berbeza
Namun malangnya, walau sudah melakukan pembedahan plastik, wanita yang berasal dari Xianyang, Shaanxi, China ini akhirnya ditangkap. Selepas melakukan pembedahan, wanita ini merasa dirinya mirip sepupunya, dan dia kemudianya menggunakan surat identiti sepupunya untuk melarikan diri.
Ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa Xi'an Xianyang, petugas melihat bahawa telinga wanita ini beza dengan gambar yang diambil . Kerana mencurigakan, akhirnya dia ditahan. Wanita ini akhirnya mengaku dan diserahkan kepada polis.
Sebuah usaha yang cukup nekad. Sayangnya, pegawai keselamatan melakukan tindakan yang sangat teliti. Ditangkap kerana bentuk telinga berbeza dengan foto.
BENARKAH ORANG KURUS ITU CANTIK ?
Posted by Unknown on 01 October 2014 at Wednesday, October 01, 2014
Wanita berbadan gemuk dikatakan kurang menarik. Hakikatnya semua orang mahukan tubuh langsing. Ada yang sanggup melaburkan wang beribu-ribu untuk melakukan pembedahan membuang lemak-lemak di badan. Kurus membolehkan mereka berjalan dengan langkah yang bertenaga dan lebih yakin.
Berat 45 kilogram dan ke bawah adalah timbangan yang ingin dicapai bagi golongan berbadan besar. Semakin kurus semakin mereka suka tanpa menyedari keadaan itu akan memudaratkan diri juga. Mereka mengandaikan berat berlebihan adalah tidak cantik dan memalukan.
Keadaan ini sekali gus menyebabkan mereka menjadi seorang yang pasif dan kurang dalam pergaulan, sama ada sesama jantina ataupun berlawanan jantina. Kurus, gemuk dan cantik biasanya menghantui wanita berbanding lelaki.
Diet yang melampau, pil kurus mahupun ke pusat-pusat kecantikan menjadi pilihan mereka yang ingin mendapatkan bentuk badan ideal.
Mereka sanggup berbelanja besar membeli pil-pil tersebut tanpa menghiraukan kemudaratan menanti di kemudian hari. Sudah ramai yang menjadi mangsa, terpedaya, namun sehingga kini tiada orang serik menggunakan bahan-bahan terlarang untuk mendapatkan bentuk tubuh badan ramping.
Jumlahnya tidak pernah berkurangan malah lambakan produk-produk dan pil-pil tersebut menunjukkan bahawa ia mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat.
Pernahkah kita berfikir mengapa saiz S menjadi pilihan si gadis? Tapi dengan pemakanan yang tidak boleh dikawal, bagaimana impian langsing akan jadi nyata?
Makan itu boleh tetapi makan perlu baik. Makan secara baik ini bukan sahaja boleh melangsingkan badan, malah sangat memberi kesan positif kepada kesihatan.
Diet itu perlu bagi sesiapa yang bertubuh gempal melebihi tahap BMI, namun diet yang melampau dan melebihi batas kemampuan badan hendaklah di hentikan dengan kadar segera.
Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya dari bentuk badan yang cantik. Terdapat beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan dengan makan yang baik.
Pertama mengelakkan makan makanan ringan seperti kerepek, biskut, jajan dan sebagainya. Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan, di samping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang berbahaya untuk kesihatan.
Kedua pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’. Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe, telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti daripada sumber kekacang.
Ketiga makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti yang kita ketahui buah-buahan dan sayuran hijau mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan.
Keempat, banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia.
Sentiasa amalkan lapan gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.
Kelima amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisme tubuh ke tahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 yang boleh menurunkan berat badan.
Petua-petua ini jika diamalkan mampu menyumbang kepada berat badan ideal dan juga kesihatan yang baik. Tidak salah kalau mencuba andai mahukan tubuh badan yang cantik dan sihat.
PERHATIAN!!-PERIKSA PANGKAL PEHA ISTERI ANDA ~ Wanita Tidak Sedar Dinodai Jin
Posted by Unknown at Wednesday, October 01, 2014
KUALA LUMPUR: Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat.
Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.
Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halus tanpa disedarinya.