(7 Gambar)~Kemalangan Teruk Melibatkan 7 Buah Kenderaan Selepas Terowong Menora Pagi Tadi

on 04 October 2014


Kuala Kangsar: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya PLUS menghala ke utara berdekatan Terowong Menora, 11.45 pagi, hari ini.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada treler yang dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala lima belas mangsa kesemuanya terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.

Menurutnya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki tol Ipoh dan keluar ke tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan. – Harian Metro

“Kepada kawan-kawan yang pulang ke utara, sila berhati-hati selepas Terowong Menora. Berlaku kemalangan teruk dan menyebabkan jalan sesak. Hanya satu lorong dibuka.

Sebagai alternatif, sila exit Ipoh dan lalu Sungai Sipot, masuk semula di Tol Kuala Kangsar.
Apa yang saya lihat, ada dua orang di tempat duduk belakang (kereta merah), masih tersepit dibawah tayar lori. Pemandu dan penumpang di bahagian depan telah dikeluarkan.” – Naimz Zainuddin















Pemandu bas di bawah adalah saksi kejadian:



Sumber : my-media-hub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved