Seperti yang diketahui baru-baru ini viral satu kes kematian bayi di pusat asuhan taska di Putrajaya.Yang membuatkan admin lebih geram apabila keadaan bayi tersebut yang sudah bersemut ketika ibunya menemui bayi tersebut menyebabkan orang ramai marah dan mahukan pihak taska dibawa ke muka pengadilan.
Beberapa komen dikesan dari pihak yang menyebelahi taska juga menafikan akan kecuaian taska tersebut malah ada yang mendedahkan taska tersebut telah terkenal kerana banyak kes sebelum ini berjaya lepas begitu sahaja.
Hari ini admin kongsikan satu luahan hati dimuat naik adik kepada ibu bayi tersebut yang kesal dengan sikap sesetengah pihak membuat andaian tanpa tahu akan hal yang sebenar.Pihak keluarga bayi tersebut juga kesal dengan tindakan polis yang mengeluarkan laporan awal post-mortem sedangkan mereka sendiri belum mengetahui keputusan tersebut.
Admin disini tetap menyokong pihak keluarga tersebut kerana alasan yang tidak logik serta keadaan bayi tersebut ketika dijumpai amatlah menyedihkan dan menyayat hati.Admin mendoakan keadilan yang bakal diberikan terhadap keluarga Muhamad Zamri Anuar.
Al-Fatihah,
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment