[PANAS] [SENSASI] [SEMASA] [GEMPAR] : pelakon wanita cantik Hanez menjadi bahan FITNAH ? tersebar gambar Hanez dipeluk ramai lelaki !!!

on 05 January 2015




Sejak kebelakangan ini ada saja 'cerita panas' tentang penyebaran gambar di internet yang mengaitkan, artis itu bergambar mesra dengan kekasih lah. Gambar artis ini bercium dengan seorang jejaka lah. Gambar artis yang satu lagi ni berpeluk sakan dengan kawan lelaki lah. Macam-macam.
Aktres yang sedang rancak meniti populariti, Hanez Suraya juga tidak terlepas dari dikaitkan dengan kisah hangat sebegitu. Ini berikutan gambarnya dipeluk ramai lelaki tersebar luas di internet, baru-baru ini.

Menurut pelakon Dalam Hati Ada Taman ni, dia tidak langsung melatah, berasa marah jauh sekali rasa tertekan dengan kontroversi tersebut kerana isu yang timbul bukan cerita baru. Sebaliknya kekasih hati kepada penyanyi Awi Rafael ni menghadapinya dengan penuh tenang.

Mengakui wanita pada foto itu adalah dirinya, Hanez menjelaskan itu gambar yang dirakam sekitar lima tahun dulu.

"Isu ni pernah timbul kira-kira empat tahun lalu. Saya pun pernah jelaskan sebelum ini serta mengakui itu memang saya. Dan semua lelaki itu adalah kawan-kawan rapat saya.

"Gambar tu dirakam sekitar lima tahun lepas. Masa tu saya muda dan pengaulan saya agak bebas. Tapi sekarang saya dah berubah. Saya dah bersih dan tak buat lagi perkara-perkara sebegitu. Apa salahnya kalau semua pihak menerima saya dengan terbuka", katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Dalam Hati Ada Taman bertempat di Flora Cafe, Ampwalk, Ampang, semalam.

Tidak pasti bagaimana cerita tersebut berbangkit semula, bagaimanapun Hanez memberitahu dia sudah tidak mahu ambil pusing dengan isu terbabit. Tambahan keluarganya juga sudah tahu tentang kisah gambarnya itu. Begitu juga dengan keluarga Awi. Dan kedua-dua pihak keluarga memahami dan menerimanya.

Pun begitu Hanez tidak menafikan, berkemungkinan ada pihak yang kurang senang akan kerjayanya yang kini tak putus-putus dengan tawaran berlakon yang diterima. Namun apa yang berlaku tak sikit pun memberi impak negatif terhadap kariernya.

Tetapi dia juga tidak menolak mungkin ada pihak yang kurang senang akan hubungan cintanya dengan Awi. Menganggap ini semua dugaan dalam percintaan, katanya cerita panas yang berbangkit ini membuatkan hubungan mereka lebih erat kerana pasangan kekasih itu, saling menyokong antara satu sama lain. 

"Boleh dikatakan hampir setiap tahun isu ni dibangkitkan. Nak ambil tindakan pun saya tak tahu bagaimana caranya. Jadi saya buat bodoh jer lah. Lagipun tak bagi impak negatif pada karier saya. Keluarga kami sudah tahu cerita ni, mereka faham dan menerimanya.

"Awi pun menerimanya malahan kami saling menyokong. Kalau satu waktu dulu Awi dilanda kontroversi, saya banyak memberi semangat padanya. Kini tiba giliran saya pula dan dia pun memainkan peranan yang sama. Kalau ada pihak yang cuba nak cipta cerita ni semata-mata sengaja nak merosakkan hubungan kami, lupakan saja", ujarnya yang turut memberitahu dia dan Awi ada berbincang mahu membawa hubungan mereka satu tapak kehadapan tetapi buat masa ini masing-masing mahu tumpukan pada kerjaya.
Bercium Dengan Randy Pangalila?
Menyentuh mengenai perkembangan karier, mulai 29 Oktober ini Hanez akan tampil menerusi lakonanDalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang dan Amor Razin yang ditayangkan di saluran Astro Ria (104). Dalam drama 13 episod ni dia membawakan watak Sofia iaitu tunang kepada Randi (Randy Pangalila).

"Tak ada masalah berlakon dengan Randy sebab selama ni kami dah kenal masa berlakon dalam dramaMimpi Sampai Ke Bintang. Dan tentang babak bercium dengan Randi tu, itu hanya lakonan dan camera trick", katanya bercerita mengenai pengalaman kedua bekerjasama denga aktor dari seberang itu.

Selain, dia masih lagi sedang menjalani penggambaran drama Dendam Pecinta yang sekarang ini hangat ditayangkan di TV9. Hanez juga akan sibuk di lokasi drama bersiri terbitan RTM berjudul Bunga-Bunga Kemboja yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Ako Mustapha dan Cristina Suzanne.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved