Pasangan Pelancong Selamba Naik Motosikal Tanpa Seurat Benang Jadi Viral

on 21 January 2015

 
Seorang lelaki Britain yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel akan diusir dari Kemboja hari ini kerana “mencemari keindahan budaya” setempat.

Crawford Brown, 24, menghabiskan hujung minggunya baru-baru ini di dalam penjara selepas ditangkap polis kerana bermotosikal tanpa berpakaian.

SEORANG wanita yang turut ditangkap bersama-sama Brown ketika menunggang motosikal dalam keadaan bogel.

Polis juga menangkap dua warga asing lain, Catarina Aarnio, 22, dari Finland, dan Giancarlo Allocca, 30, dari Itali yang turut berbogel bersama Brown.

Brown adalah siswa Universiti Scotland Barat.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan menanggalkan pakaian masing-masing sebelum bermotosikal di daerah Leuk Daek, kira-kira 80 kilometer di tenggara Phnom Penh.

Jurucakap polis, Chuon Chomkol berkata, warga asing itu dikesan ketika mereka lalu di depan balai polis dan foto mereka telah dirakam oleh penduduk setempat dan tersebar di media-media sosial.

“Kelakuan mereka sangat keterlaluan walaupun mereka warga asing dan mungkin tidak faham budaya setempat,”
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved