Terowong rahsia ditemui di Bukit Nanas

on 21 January 2015

 
Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menemui sebuah terowong rahsia di Bukit Nanas di ibu negara yang dipercayai berusia beratus-ratus tahun, lapor portal The Star Online hari ini.

Kewujudan terowong rahsia sepanjang 10 meter bermula dari Bukit Nanas hingga ke tebing Sungai Klang mula disedari kontraktor lantikan DBKL yang memperbaiki mendapan di kawasan terbabit sejak enam bulan lepas.

Terowong tersebut yang dikatakan sudah lama hilang itu dipercayai digunakan bagi menyimpan senjata, makanan dan harta benda.

“Kami percaya terowong yang ditemui me‎rupakan sebahagian dari laluan rahsia bawah tanah yang sudah lama hilang ditelan zaman akibat daripada pembangunan.

“Ia amat berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan terbaru,” kata Pengarah Jurutera dan Saliran DBKL Tan Kheng Chok seperti dilaporkan The Star Online hari ini.

Terowong tersebut dipercayai digunakan oleh penduduk Mandahiling dari Sumatera, Indonesia sebagai laluan bagi melarikan diri ketika Perang Saudara di Selangor pada 1868 dan 1871.

Tan berkata, sebelum ini tiada sebarang kerja pembaikan dilakukan di lereng bukit runtuh yang dilaporkan berlaku pada bulan Mei 2013 sehingga enam bulan lepas.

Penduduk Mandahiling dikatakan mendiami di kawasan bukit dikenali sebagai Bukit Gombak pada kurun ke-19. Sementara Istana Godang oleh Tuanku Raja Asal atau Ja Asai (raja Mandahiling) terletak di puncak.

Ketika perang Klang, penduduk men Mandahiling menanam nenas menyebabkan kawasan itu kini dikenali Bukit Nanas dan membina sebuah terowong rahsia bawah tanah.

Selain menyimpan senjata, makanan dan harta benda lokasi terowong dikatakan sebagai kedudukan strategik dan laluan melarikan diri bagi penduduk Mandahiling melancarkan serangan dan melepaskan diri daripada musuh,.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved