DEMI ACARA AMAL, BINTANG PORNO JEPUN RELAKAN PAYUDARA DIRAMAS PEMINAT

on 26 August 2014














Sejumlah bintang filem porno Jepun beramai-ramai ikut acara amal anti-AIDS. Uniknya, mereka akan merelakan payudara mereka untuk diramas para peminat selama 24 jam dalam acara bertajuk Boob Aid tersebut.

Seramai 9 pelakon filem dewasa Jepun memberitahu media tempatan, bahawa mereka tidak sabar untuk ikut serta dalam acara untuk kempen "Stop! AIDS" yang akan ditayangkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Namun ada satu mesej yang mereka sampaikan kepada para peminat yang akan ikut serta dalam acara amal tersebut, iaitu tolong jangan kasar.

"Saya sangat menanti-nanti untuk ramai orang meramas payudara saya," ucap salah seorang pelakon filem porno Jepun, Rina Serina Tokyo Sports dan dilapor AFP, Isnin (25/8/2014).

"Tapi saya akan sangat senang jika anda bersikap lembut," tambahnya.

Acara amal ini merupakan yang ke-12 kalinya diadakan sejak tahun 2003. Acara amal bernama 'Boob Aid' akan ditayangkan di saluran televisyen kabel khusus dewasa. Peminat hanya perlu membayar sumbangan bagi kempen anti-AIDS tersebut untuk boleh meramas payudara para bintang filem porno tersebut.

"Saya tidak pernah menyangka bahawa payudara saya boleh menyumbang untuk masyarakat," tutur Serina

Acara yang disokong oleh Japan Foundation for AIDS Prevention ini akan diadakan pada Sabtu (30/8), mulai pukul 8 malam waktu setempat.

Bintang filem porno lain, Iku Sakuragi mengaku sama sekali tidak keberatan payudaranya diramas oleh ratusan tangan. "Ini untuk amal," ucap wanita berusia 21 tahun ini.

"Ramas, sumbangkan wang - mari bergembira," tegasnya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved