SEJAK menjuarai Dewi Remaja dan mula berkecimpung dalam industri sekitar empat tahun lalu, nama Noor Neelofa Mohd Noor sering menjadi perhatian ramai.
Jika diselak lembaran diari anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, pelbagai onak ranjau sudah dilalui meskipun tempoh perjalanan tersebut masih belum jauh.
Bermula dengan gosip cinta bersama VIP, seterusnya pelakon filem Azura ini dikaitkan dengan hero filem sama, Shahz Jaszle sehingga menjadi punca perpisahan aktor itu dengan bekas kekasihnya, Maria Farida.
Bukan itu sahaja Neelofa turut dikaitkan dengan Fazura mengenai isu rampas kekasih sehinggalah dikatakan tidak bertuah selepas filem lakonannya tidak mendapat sambutan, isu tangkapan khalwat, isu baju yang tidak sesuai dikenakan, dan banyak lagi sudah menerjah kerjaya pelakon dan pengacara jelita ini.
Meskipun ada kontroversi yang bukan dicipta olehnya, namun Neelofa tenang menepis dan menangkis segala kontroversi yang berlaku.
Ujarnya dalam temu ramah bersama Zass sebelum ini, dia sentiasa mengambil sikap yang positif.
“Secara peribadi, saya sedar saya antara artis yang sentiasa terkait dengan kontroversi dan ada kalanya yang besar dan teruk-teruk. Malah, saya juga pernah melalui jalan yang sukar untuk menghadapi kontroversi berkaitan diri saya.
“Apatah lagi ada kalanya kontroversi yang berlaku bukan datang dari diri sendiri sebaliknya khabar angin dan juga fitnah semata-mata, namun saya tiada kesempatan untuk memperbetulkan keadaan dalam masa yang singkat.
“Tetapi berkat kesabaran dan sikap konsisten untuk terus maju ke hadapan secara positif, lama-kelamaan orang luar akan lebih mudah mengenali diri kita,” ujarnya.
Tidak berakhir di situ sahaja, meskipun kini sudah tampil dengan imej bertudung, Neelofa terus diterjah gosip panas apabila dia dikatakan disunting kerabat diraja.
Tidak menafikan mahupun mengiakan khabar angin tersebut, pengacara Meletop dalam satu temu bual baru-baru ini enggan menerima sebarang temu ramah media.
"Saya tidak mahu sebarang temu ramah. Maaf. Beri saya ruang,” ujar yang kini sibuk menjalani latihan teater Bahayanya Wanita.
Biarpun belum ada sebarang kepastian atau maklumat sahih mengenai perkara ini, namun rata-rata di laman sosial atau blog, mula mendoakan agar khabar ini menjadi kenyataan.
Bagaikan ramai pihak 'merestui' andai benar Neelofa bakal disatukan dengan kerabat diraja tersebut.
Mula segan?
Namun menerusi seorang sumber terdekat anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan, yang mahu dirahsiakan namanya dalam temu bual bersama Sinar Harian baru-baru ini, menafikan berita yang mula tersebar di laman sosial.
Sumber berkenaan berkata, Neelofa mula berasa tidak selesa dan malu dengan gosip tersebut.
“Saya mendapat tahu sejak berita tersebut tersebar, dia (Neelofa) rasa janggal dan malu dengan gosip yang mengatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kerabat diraja.
“Siapa yang kata dia akan kahwin dengan kerabat diraja sedangkan dia sendiri tidak pernah jumpa dengan kerabat tersebut,” katanya.
Bukan mudah didekati
Mengimbau sejarah penglibatan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik yang memiliki darah campuran Melayu, Pakistan dan Arab ini, sememangnya banyak kisah yang boleh dibicarakan.
Tidak seperti rakan seangkatan lain yang turut sama bermula dengan Dewi Remaja 2009/2010, seperti Izara Aishah, Anzalna Nasir, Ramona Zam Zam, Neelofa terlebih dahulu terperangkap dalam ujian anak seni.
Namun kepetahannya dalam berkata-kata, tingkah laku yang bersahaja membuatkan Neelofa cepat diterima oleh semua pihak biarpun dia masih dikategorikan masih hijau di dalam industri seni.
Bukan itu sahaja, jelitawan yang sudah menginjak ke usia 25 tahun ini bijak membawa diri dan cukup disenangi bukan sahaja di kalangan media, bahkan dalam kalangan pengikut setia.
Maka tidak hairanlah apabila dia sering diterjah gosip mengenai lelaki-lelaki yang ingin mendekatinya, tidak kira di kalangan artis mahupun golongan VIP.
Bagaimanapun bukan mudah mendekati wanita yang mesra membahasakan dirinya Lofa ini kerana dia sudah mempunyai satu visi dalam hidupnya.
“Buat masa ini, saya sangat menyukai kerjaya saya, perniagaan saya. Cinta dengan kerja paling menyeronokkan kerana bangun pagi dan sebelum tidur asyik fikir hal kerja saya. Lagi-lagi bila perniagaan baru bermula, banyak benda yang perlu saya lakukan.
“Untuk berkahwin, tipulah kalau saya cakap akan terjadi dalam masa yang terdekat. Kalau boleh saya tak mahu tersilap langkah. Saya betul-betul mahu menguatkan empayar perniagaan kerana impian saya, saya tidak mahu bergantung dengan suami bila berkahwin nanti.
“Cuma kini saya harap semua khasnya peminat doakan yang terbaik untuk saya bersama dengan pasangan yang sentiasa mendapat berkata dan rahmat di sisi ALLAH SWT,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment