Diana Danielle “Sound” Maya Karin Pula

on 28 August 2014
















Episod cemburu pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil sudah diketahui umum. Filem terbaru Farid Kamil iaitu ‘Lagenda Budak Setan 3′ membuatkan penonton menunggu penuh debar memandangkan heroin dalam filem ini adalah Maya Karin. Persoalan adakah Diana Danielle akan cemburukan Maya Karin pula?

Kata Farid, isterinya sendiri merupakan peminat novel LBS, jadi baginya tiada masalah bagi Diana kerana dia sendiri faham akan watak Kasyah yang dibawa.

Diana merupakan peminat LBS 1 dan 2, malah dia sendiri tak sabar nak tengok LBS3, InsyaAllah saya akan bawa dia ke premier nanti.
InsyaAllah takkan ada lagi cemburu. Pengalaman yang saya tanya orang pun, bila tahun pertama hingga kelima pasti ada situasi dimana pemahaman masing-masing akan lebih jelas.
Kalau ada cemburu pun, dia akan lebih advance lagilah hehe, maksudnya dia akan lebih melariskan movie. Perkara yang lepas tu mungkin takkan ada lagi.

Dia mengenali saya sebagai pelakon tetapi sebagai suami yang berlakon, itu satu pengalaman baru, jadi benda-benda macam tu, Wallahualam.
Pasangan muda ini perlu belajar banyak lagi perkara demi memastikan mereka dapat menjaga keharmonian rumahtangga.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved