Kisah Disebalik Kejadian Bayi Maut Disebabkan Tali Pusat Berulat

on 27 August 2014


Terbaca portal blog mymediahubonline.blogspot.com artikel Bayi maut kerana tali pusat berulat
sekeping gambar yang dikongsikan daripada blog tersebut menunjukkan tali pusat bayi yang kelihatan hitam dan berulat di laman Facebook. 

Kisahnya,

Maaf ye, saya bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi saya nak kita semua sedar, inilah akibatnya kalau kita suka-suka dan tak ikut arahan doktor.

Saya dapat picture ini dari kakak ipar saya. Katanya, bayi ini baru saja meninggal disebabkan tali pusat bayi ini berulat kerana taruk ubat tradisional pada pusat bayi ini.

Saya nak ingatkan pada kawan-kawan dan untuk diri saya juga, jangan terlalu memandai kalau tidak pasti kesannya. Baik kita dengar nasihat doktor dan ubat yang disarankan sahaja untuk digunakan.

Jangan pakar macam ni terjadi pada anak-anak kita. Nauzubillah. Kasihan si kecil.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menunding jari pada ibu bayi berkenaan kerana tidak mahir menjaga anaknya. 

Kebiasaannya bagi wanita yang baru pertama kali bersalin, pasti akan meminta ibu sendiri atau ibu mertua membantu menjaga bayi yang baru lahir. Meskipun orang tua-tua mempunyai petua yang mujarab, lebih baik rujuk segala permasalahan mengenai bayi di hospital atau klinik bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved