Inilah Mentol Tertua Di Dunia Yang Masih Menyala Walau Selepas 110 Tahun Mentol tertua di dunia telah menyala hingga 110 tahun. Tidak hairan muncul fans club yang dianggotai beribu-ribu orang dan bahkan mentol tersebut mempunyai websitenya sendiri. Seperti dipetik dari Time.com, mentol yang tergantung di area balai pemadam kebakaran di Livermore, California ini, meraih rekod Guiness World Record.
Walaupun tidak diketahui dengan jelas bagaimana mentol itu mampu bernyala sejak dipasang pada 1901. "Ini adalah lampu mentol 60 watt dan hanya dinyalakan dengan daya sekitar 4 watt. Tetapi, tidak seorangpun tahu mengapa lampu tersebut dapat terus menyala, "kata Lynn Owens, salah seorang yang terlibat dalam penganjur perayaan nyalaan mentol ke-110 tahun.
Rekod menyala lampu mentol ini sebenarnya tidak sempurna. Itu kerana mentol pernah mengalami beberapa gangguan awal pada tahun 1901, lalu gangguan selama seminggu penuh pada 1937 dan gangguan bekalan tenaga secara rawak hingga tahun 1970an. Mentol ini ternyata dicipta Adolphe Chailet. Ia pernah bersaing dengan Thomas Edison untuk mencipta mentol terbaik.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment