*Untuk bacaan umum sahaja. Benar ataupun tidak, anda nilaikan sendiri.
Kematian mengejut boleh disebabkan sakit jantung, kemalangan atau sebab lainnya. Dalam situasi normal seperti orang sakit biasanya seseorang akan menunjukkan gejala yang menunjukkan bahawa hidupnya akan segera berakhir beberapa hari lagi
1. Selalu gelisah.
Dia akan merasa tidak tenang dan susah tidur, selain itu dia akan seringkali beralih kedudukan tidur kiri atau kanan akibat perasaan gelisah.
2. Suka menyendiri dari tempat ramai.
Dia tidak berminat lagi terlibat dalam aktiviti sosial atau pun melakukan kegiatan kegemarannya.
3. Selalu tidur.
Seseorang akan menghabiskan banyak masa untuk tidur.
4. Kehilangan selera makan.
Seseorang hanya akan makan dan minum dalam jumlah sedikit dan berlainan dari biasanya.
5. Selalu sesak nafas.
Hal ini biasanya terjadi tiba-tiba bila seseorang sedang tidur ataupun terjaga.
6. Luka yang sukar untuk sembuh.
Luka atau jangkitan yang dialami sukar untuk disembuhkan.
7. bengkak anggota badan.
Sesetengah orang terjadinya pembengkakan di tangan, kaki atau bahagian tubuh lain.
Tanda-tanda lain
Beberapa tanda lain yang ditunjukkan oleh orang yang akan mati adalah lebih banyak tidur, hal ini untuk menjimatkant tenaga yang tinggal semakin sedikit di tubuhnya.
Ketika tenaga tersebut hilang, maka seseorang itu akan kehilangan nafsu untuk makan ataupun minum.
Proses menelan pun menjadi sukar dan mulut akan sangat kering, sehingga memaksa untuk minum akan membuatnya tersedak.
Selain itu orang akan kehilangan kawalan pada kandung bemih dan ususnya, sehingga terlihat membuncit.
Dia akan merasa kebingungan, gelisah dan tidak tenang kerana tidak dapat bernafas dengan teratur.
Ketika sel-sel di dalam tubuh mulai kehilangan sambungan, maka akan kerap mengalami kejang otot.
Waktu Sedang Nazak
Kematian semakin menjemput jika kaki dan tangan terasa sejukdan mula sedikit membiru akibat terhentinya aliran darah ke kawasan tersebut.
Tapi lama-kelamaan akan semakin menyebar ke bahagian tubuh seperti lengan, bibir dan kuku.
Selain itu pesakit menjadi tidak responsif, walaupun matanya terbuka tapi renungan matanya kosong atau tidak melihat sekelilingnya.
Setelah itu pernafasan akan terhenti sama sekali dan diikuti oleh berhentinya kerja jantung, maka secara klinikal orang tersebut sudah mati akibat tidak ada sirkulasi dan cadangan oksigen untuk menjalankan sel-sel di tubuh.
Namun kematian klinikal dapat dikembalikan melalui proses CPR (nafas bantuan), transfusi atau ventilator.
Tapi jika 4-6 minit setelah kematian klinikal tidak ada perubahan, maka itu ertinya jantung sudah tidak bekerja lagi.
Jantung sudah tidak bekerja, maka secara otomatik aliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh dan otak juga akan terhenti.
Akibat tidak adanya dengupan oksigen dan darah ke otak, maka dalam kiraan beberapa detik otak juga akan mati dan disitulah berakhirnya perjalanan hidup seorang manusia.
Innalillahiwainnailaihirajiun
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment