PELAJAR CONTENG "BABI" PADA KERETA CIKGU

on 21 August 2014




Pelajar sekarang semua nak manja dan lembik. Tak boleh dirotan, tak boleh ditegur, tak boleh dimarah. Itulah sebabnya kebanyakan dari mereka ramai yang kurang ajar. 

Mungkin polisi rotan pelajar perlu dikembalikan. Tetapi jangan pula ada guru yang merotan mengikut emosi. Cukuplah merotan sekadar memberi peringatan. 

Sebagai guru, pasti mereka sentiasa ingat matlamat utama mereka menjadikan anak murid seorang manusia yang berguna di masa depannya. Namun, lama kelamaan kerjaya guru bukan lagi pilihan. Perkara seperti inilah yang menyebabkan kerjaya guru tidak lagi seronok. Ramai guru yang terpaksa melepaskan tangan kerana bimbang balasan terbaik dari anak murid. 

Ibu bapa kini tidak mampu mendidik anak menjadi insan yang baik. Akibatnya anak mereka sering mengangas apabila dididik oleh orang lain terutamanya guru. 

Harus diingatkan, didikan yang baik bukannya bermula di sekolah tetapi di rumah. Ibu bapa sekarang terlalu melepaskan tanggungjawab kepada guru. Sebab terlalu sibuk mencari harta sampai terlupa akan tanggungjawab mendidik anak-anak. Guru sekarang menjadi takut untuk mendidik kerana jika tersalah langkah, ibu bapa pelajar akan datang menyerang. 


Hanya seorang guru yang tahu cabaran melayan karenah pelajar sekarang.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved