KELISA DIKEMEK KERANA STICKER MCDONALD’S

on 21 August 2014

Perbuatan merosakkan harta benda orang lain hanya kerana menampal sticker McDonald’s Drive Thru di cermin kereta masih lagi terjadi.


Seorang pemilik Perodua Kelisa terkedu apabila mendapati keretanya miliknya telah dijahanamkan oleh puak pentaksub boikot McDonald’s. Mangsa pasti dengan keretanya menjadi sasaran golongan ekstrimis berkenaan kerana tidak mempunyai sebarangan permusuhan dengan orang lain sebelum ini. 



Nampaknya, tindakan puak pentaksub ini cuba mencemarkan imej rakyat yang memboikot barangan yahudi sekaligus yang sedikit sebanyak juga menjejaskan imej agama Islam di negara ini berikutan kebanyakan masyarakat yang memboikoit barangan Israel adalah melayu islam.


Pihak polis harus mengambil tindakan tegas terhadap si pelaku. Ini bukanlah kes yang pertama yang melibatkan harta benda orang awam dijahanamkan hanya kerana pelekat McDonald’s Drive Thru. - My Media Hub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved