PETALING JAYA: Status yang cuba disorok oleh penyanyi Alyah atau nama sebenanya Noor Hasilah Hassan, 33, dan juga Datuk Ramli MS mengenai status perkahwinan mereka selama ini ternyata gagal apabila mereka dikatakan sudah bernikah.
Pasangan itu dipercayai bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.
Alyah dan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh memberi kerjasama sepenuhnya ketika sekumpulan pegawai penguatkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan wartawan Berita Harian menyerbu rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, kira-kira pukul 7.30 pagi Khamis.
Pasangan berkenaan dipercayai berjaya meyakinkan pegawai penguatkuasa mengenai status rumah tangga mereka dan diminta hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan selain dinasihatkan mendaftarkan perkahwinan mereka.
Sebelum ini Ramli mengunci mulut apabila ditanya gosip perkahwinannya dengan Alyah.
Alyah pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan itu tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli jika ingin penjelasan dengan alasan biar ia disahkan sendiri oleh pihak lelaki.
Gosip hubungan mereka bertambah kencang apabila Ramli yang selama ini menetap 10 tahun di sebuah hotel di sini membuat keputusan berpindah ke rumah baharu yang dibelinya sambil menafikan ia bertujuan untuk menamatkan zaman dudanya.
Berita yang tersebar ini mengakhiri pertanyaan mengenai status mereka dan jika benar Alyah dan Ramli sudah bernikah, ternyata laporan media sebelum ini adalah benar manakala penafian mereka adalah bersifat pendustaan.

-mStar Online
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment