5 Gambar Seni janggut tiada bandingan

on 04 August 2014

Setiap kisah janggut yang cantik, sudah tentu ada seorang wanita hebat di sebaliknya.
Isaiah Webb, pekerja di syarikat Sony di San Fransisco, kini menjadi terkenal kerana janggutnya yang menakjubkan.
Setiap Isnin, Webb akan menyiarkan gambar janggutnya yang digubah menjadi bentuk luar biasa.

“Isteri saya meminati fesyen, dan dia menyukai janggut,” katanya kepada Huffington Post.
Antara gambar yang disiarkan Webb yang paling mendapat perhatian adalah janggutnya yang berbentuk mangkuk.

Dengan cita rasa hebat isteri Webb dalam fesyen, ia menjadikan minat luar biasa suaminya berbaloi sehingga mereka berdua terpilih menjadi satu karektor dalam buku terbaru Ripley's Believe It Or Not!, ‘Reality Shock!’ yang akan diterbitkan pada 9 September depan. Webb mula berjanggut ketika dia berusia 11 tahun.

Foto
SATU lagi bentuk yang dibuat daripada janggut Webb.
Empat tahun lalu, janggutnya itu sudah cukup panjang untuk dijadikan pelbagai bentuk.
“Kami tidak sangka ia akan menarik perhatian orang ramai. “Ia amat menyeronokkan dan kami mengambil keputusan membentuknya sekerap mungkin,” kata Webb.

Tetapi akhirnya mereka kehabisan idea untuk mencipta rekaan baru dan mula meminta pendapat peminat.
Kini, Webb mula menceburkan diri dalam perniagaan penjagaan rambut. Dia bakal mengeluarkan sikat khas yang diciptanya untuk mereka yang berjanggut panjang.

“Ia mempunyai berus khusus yang boleh menguraikan janggut yang bergulung. Anda boleh menyikat janggut anda walaupun ia basah,” katanya.

Menurutnya, ini bukan satu-satunya impiannya.

Webb berkata, dia benar-benar mahu membawa pendedahan meluas terhadap pertandingan janggut di Amerika Syarikat.



sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved