Sikap ‘terlalu’ ini
sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin
dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab
pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik
kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala ‘terlalu’ dalam
diri kita.10 ‘terlalu’ yang membahayakan ini ialah:
1. Terlalu Manja
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan
tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia
dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun jangan kemanjaan tersebut
berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang
mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan
buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.
2. Terlalu Tertutup
Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi.
Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap
hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman,
perasaan dan keinginan pasangannya.
3. Terlalu Terbuka
Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang
terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang
terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi
dan keadaan, sulit menyimpan rahsia dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.
4. Terlalu Cerewet
Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang
terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih
kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat
menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.
5. Terlalu Sensitif
Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa
tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai
hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu
sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi
menceriakan suasana.
6. Terlalu Mengongkong
Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang
disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan
teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri. Jika wanita terlalu
mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau
memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan
dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.
7. Terlalu Memperlekeh
Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi
memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat
lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang
dihamburkan. Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu
banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit
demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.
8. Terlalu Memiliki
Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain.
Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu. Jadi
biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya,
oleh keluarganya dan oleh orang lain.
9. Terlalu Menyanjungi
Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga
penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu. Tetapi kalau
kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak
saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa
bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.
10. Terlalu Menuntut
Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut
bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan
karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment