SADIS~LULUH HATI MAK BAPAK LIHAT ANAK GADIS KANTOI BUAT MAKSIAT DALAM RUMAH SENDIRI

on 05 September 2014

 Gambar hiasan

Tampin: Luluh hati sepasang suami isteri apabila melihat perlakuan terkutuk anak gadis memadu asmara dengan teman lelaki di rumah mereka di sebuah tanah rancangan FELDA dekat Gemencheh, di sini, hujung bulan lalu.

Difahamkan, dalam kejadian 10 malam, 31 Ogos itu, suami isteri terbabit berada di rumah, namun tidak menyedari kehadiran seorang lelaki di dalam bilik anak perempuan mereka.

Pasangan suami isteri berusia 40-an itu hanya sedar perbuatan terkutuk anak mereka yang berusia 15 tahun dan teman lelakinya berumur 19 tahun selepas diberitahu beberapa penduduk kampung.

Menurut sumber, penduduk kampung yang melihat motosikal berhampiran rumah berkenaan memaklumkan kepada keluarga terbabit selepas mengesyaki sesuatu tidak kena.

Katanya, sebaik diberitahu, ibu bapa segera memeriksa bilik anak mereka dan melihat pasangan ‘kekasih’ itu sedang melakukan hubungan seks.

“Dengan bantuan penduduk kampung, remaja lelaki itu ditahan dan diserahkan kepada polis.

Ibu bapa mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Gemencheh berhubung kejadian,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, siasatan mendapati mangsa baru berkenalan dengan suspek melalui Facebook (FB).

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari dan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan,” katanya, semalam.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved