PENJELASAN JIHAN ISU PENYINGKIRAN DARI AKADEMI FANTASIA 2014 (AF2014)

on 09 September 2014




Pelawak dan pengacara Jihan Muse akui penyingkirannya sebagai pengacara utama di konsert Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) pada malam ahad lalu adalah hanya satu gimik dan dia sengaja kelihatan seperti terkejut. Jihan berkata dia sudah pun diamanatkan untuk mengacarakan program itu hanya untuk minggu pertama konsert sahaja dan minggu seterusnya akan ada hos lain yang akan menggantikannya.


“Sebenarnya itu salah satu gimik sahaja dan saya sengaja kelihatan terkejut dengan penyingkiran itu. Sedangkan, saya sudah pun sedia maklum tugas saya sebagai pengacara kosert AF2014 hanya untuk malam itu sahaja. Saya gembira kerana gimik itu menjadi dan ramai yang tidak menyangkanya. Sedangkan komitmen utama saya di AF 2014 adalah untuk mengendalikan episode Diari AF2014 sahaja. Lagipun memang konsep Akademi Fantasia yang sentiapa mahu memberikan kejutan setiap minggu,” katanya.

Malam Ahad lalu, AF 2014 membuat kejutan apabila mengeluarkan 4 bagasi yang membuat penonton menyangka 4 orang pelajar akan tersingkir pada malam itu. Namun ianya hanyalah gimik semata-mata apabila Faizal Ismail muncul. Zizan mengumumkan nama Jihan yang akan tersingkir pada malam itu manakala Faizal Ismail akan menggantikan tempat Jihan bagi konsert yang akan datang dan seterusnya.

Mengulas mengenai pengalaman pertama kali mengacarakan konsert AF2014, Jihan memberitahu perasaannya bercampur baur.

“Saya gembira dan teruja apabila diberi peluang mengacarakan acara pada malam itu namun tak dinafikan buat pertama kalinya saya rasa agak gugup namun aianya masih terkawal ,” ceritanya

- See more at: http://sensasimalaysia.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved