(8 GAMBAR)~PENYAKIT "KULIT ULAR" YANG SANGAT MENYEDIHKAN DIKENALI SEBAGAI ERYTHRODERMA

on 29 September 2014

Ari Wibowo (16) ialah seorang remaja malang yang mengidap penyakit Erythroderma yang mengakibatkan kulit beliau mengupas seperti ular. Beliau akan bersalin kulit setiap 41 hari dan ia bukan sahaja mengakibatkan kegatalan malah turut membuatkan badan beliau luka-luka. 

Bagi mengurangkan kesakitan Ari perlu menyapu air setiap sejam dan meletakkan losyen pada kulit beliau setiap 3 jam. Penyakit ini dihidapi beliau sejak lahir dan pihak doktor di Indonesia tidak tahu apakah ubat yang perlu diberikan kepada beliau.

Beliau kini mengalami kesukaran belajar kerana mata kiri beliau yang kini hampir buta dan jari semakin mengeras. Tambah menyedihkan kepercayaan karut penduduk tempatan berkata ini adalah balasan tuhan kepada ibu Ari yang membunuh seekor cicak ketika mengandung. Silly people! Semoga Ari tabah dan dapat menemui doktor yang dapat meringankan kesengsaraan beliau.







Sumber Daily Mail
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved