Punca Sebenar Maya Karin Duduk Atas Riba Awie

on 11 September 2014






“Bukan kami suka-suka nak wujudkan babak duduk di ribaan itu ya, tetapi ia diwujudkan kerana itulah sisi romantis Datuk Mohtar Dahari dan isteri, Tengku Zarina...

“Dalam teater ini kami cuba tonjolkan Mokhtar atau Supermokh walaupun seorang yang pendiam dan serius, beliau sebenarnya seorang penyayang,” kata Maya Karin ketika ditemui pada malam previu SuperMokh Restaging di Istana Budaya, Selasa lalu...

Tambah Maya lagi, walaupun sebelum ini dia sudah melakonkan watak Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim dalam pementasan teater muzikal SuperMokh sebelum ini, tetapi perasaan gentar masih ada...

“Ya, saya mengaku walaupun pernah bawa watak ini Tengku Zarina sebelum ini, saya masih lagi berdebar untuk bawakannya sekali lagi...

“Selepas mengenali Tengku Zarina, dia seorang wanita tegas, tetapi dia bukanlah seorang yang menakutkan. Dia seorang yang peramah, sebenarnya...

“Bimbang juga kalau-kalau lakonan saya tidak menjadi kali ini...Tambah-tambah lagi saya pernah membawakan watak sama pada tahun lalu,” kata Maya ketawa...

Maya ketika diminta mengulas mengenai SuperMokh dan Tengku Zarina, dia memberitahu pasangan suami isteri itu merupakan pasangan yang romantis...

“Siapa sangka SuperMokh dan Tengku Zarina pernah hampir tak jadi berkahwin dan putus tunang…Tetapi jodoh mereka kuat, mereka bersatu akhirnya...

“Saya harap, orang suka dengan lakonan saya dan dapat memenuhi ‘expectation’ penonton yang datang menonton. Terutama kepada mereka yang pernah melihat lakonan saya dalam SuperMokh The Muzikal sebelum ini,” ujarnya...

Selain Awie dan Maya, SuperMokh turut dibintangi oleh Rashidi Ishak, Dina Nazir, Douglas Lim, Radhi Khalid, Harith Iskander dan ramai lagi...

Teater Muzikal SuperMokh Restaging dipentaskan di Istana Budaya bermula 8 September lalu hingga 21 September ini...
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved