Awal, Scha dedah wajah puteri sulung, Lara Alana

on 06 September 2014

Post Pic


 
SHAH ALAM: Seperti yang dijanjikan sebelum ini, pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya mendedahkan wajah puteri sulung mereka, hari ini.
 
Menerusi akaun instagramnya, Awal dalam pada itu juga mendedahkan nama penuh puteri sulungnya yang sebelum ini hanya diketahui umum sebagai 'Lara' sahaja.  
 
"Salam Jumaat semua. name given is Lara Alana Ahmad Awaluddin. Have a blessed Friday all," tulis awal yang dikongsi melalui Facebook Scha.
 
Sebelum ini, Awal dan Scha memaklumkan hanya akan mendedahkan nama dan wajah bayi mereka setelah selesai tempoh berpantang. 
 
Scha selamat melahirkan Lara Alana pada 22 Julai lalu, bersamaan dengan 24 Ramadhan pada jam 5.50 petang, di Pusa Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
 
Bayi seberat 3.17 kilogram dilahirkan secara normal.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved