GADIS 16 TAHUN DITAHAN KERANA JIHAD

on 03 September 2014



Perancis - Seorang gadis berusia 16 tahun ditahan di lapangan terbang Nice dipercayai cuba menaiki penerbangan ke Syria untuk menyertai gerakan jihad.

Menurut menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve, gadis tersebut dipercayai cuba menaiki penerbangan ke Turki.

Turut ditahan seorang lelaki berusia 20 kerana melatih gadis tersebut dan membiayai tambang penerbangan gadis itu.

Reuter melaporkan, kira-kira 800 orang warga Perancis menyertai kumpulan jihad Islam di Syria.

Cazeneuve menyarankan ibubapa supaya memantau kegiatan anak-anak mereka. Sekira terdapat tanda "violent radicalization" ibubapa dikehendaki melaporkan ke talian khas yang disediakan untuk tindakan selanjutnya.

-Sumber NBCNews-
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved