SETIAP PENDUDUK DI KAWASAN PERUMAHAN INI MEMPUNYAI PESAWAT PERIBADI

on 03 September 2014


Spruce Creek merupakan satu kawasan perumahan yang terletak di Florida, Amerika Syarikat. Dikenali dengan nama'Airpark' setiap rumah di kawasan perumahan ini mempunyai pesawat peribadi. Terdiri daripada 5,000 penduduk, 1,300 rumah dan kira-kira 700 hangar yang memiliki akses terus ke sebuah landasan yang berada di tengah kawasan perumahan tersebut.

Sebahagian besar kerjaya penduduk yang menghuni Spruce Creek ini adalah pilot profesional. Selain pilot, sebahagian penduduk lain berkerja sebagai doktor, peguam dan lain-lain. Penduduk yang bukan pilot juga penggila penerbangan. Setiap pagi di hujung minggu mereka menerbangkan pesawat untuk beli sarapan, ia sudah jadi perkara biasa di sana.

Penduduk yang paling terkenal di sini adalah pelakon Hollywood John Travolta yang mempunyai lesen juruterbang. Salah satu pesawat peribadi miliknya adalah Boeing 707 yang disimpan di garaj rumahnya.




Rumah John Travolta
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Apa nak dikisahkan All Rights Reserved