Seorang pemuda dari Brazil, Claudio Vieira de Oliveira dilahirkan dengan leher terlipat ke belakang menyebabkan lelaki ini harus menjalani hidupnya dengan kedudukan kepala yang terbalik.
Keadaan fizikalnya itu membuatkan doktor yakin bahawa Claudio tak akan berumur panjang tidak membuat lelaki itu menyerah. Di tengah keterbatasannya, kini Claudio berjaya dalam kehidupannya.
Claudio (37) bukan hanya dilahirkan dengan leher melipat ke arah punggung, kakinya juga tak sempurna. Kedua tangannya juga hampir tak berfungsi.
Semasa baru lahir, para doktor menyarankan ibunya agar berhenti memberinya makan kerana para doktor yakin bahawa peluang Claudio untuk bertahan hidup sangat tipis.
Namun, kenyataannya, Claudio yang berasal dari Monte Santo, Brazil, itu bukan hanya berumur panjang, tetapi boleh mengatasi segala kekurangannya. Bahkan dia menyelesaikan pendidikannya sebagai akauntan dan berjaya menjadi seorang penceramah.
"Sejak kecil, saya selalu menyibukkan diri dengan pelbagai perkara. Saya tak suka bergantung pada orang lain," kata Claudio.
"Saya belajar membuka televisyen, menjawab telefon, menghidupkan radio, serta menggunakan internet dan komputer. Semua saya lakukan sendiri," tambah dia.
Bagaimana Claudio mengerjakan semua itu? Dia menaip dengan menggunakan telefon yang digigit, mengendalikan telefon dan tetikus komputer menggunakan bibirnya, serta menggunakan kasut khas yang membuatnya boleh berjalan-jalan keliling kota.

Claudio Vieira de Oliveira ketika berceramah di hadapan para mahasiswa Universiti Feira de Santana, Bahia, Brazil.
Soal masa kecil Claudio, si ibu Maria Jose mempunyai banyak kenangan, termasuk ramalan doktor yang yakin bahawa anaknya itu tak berumur panjang.
"Semua orang mengatakan bayi itu (Claudio) akan meninggal kerana saat lahir dia kesulitan bernafas. Beberapa orang mengatakan Claudio tak usah diberi makan kerana dia sudah mati," ujar Maria Jose.
Namun, Maria Jose tak mendengar kata orang-orang itu. Keteguhan Maria terbayar apabila kini Claudio menjalani hidup penuh kejayaan.
"Kini yang saya rasakan adalah kebahagiaan. Claudio sama dengan orang lain, itulah cara saya membesarkannya di rumah ini," kata Maria.
"Kami tak pernah berusaha mengubah tubuhnya dan selalu menginginkan dia melakukan banyak hal normal seperti orang lain," lanjutnya.
Dengan cara mendidik seperti itu, kata Maria, Claudio membesar dengan rasa percaya diri dan tak pernah malu dengan dirinya sendiri. "Apabila berusia lapan tahun, Claudio yang awalnya selalu digendong ke mana-mana mulai berjalan dengan lututnya," kenang Maria.
Oleh itu, keluarga perlu menggantikan lantai rumah supaya Claudio boleh berjalan di dalam rumah tanpa mencederakan dirinya.

Claudio bersama ibu (paling kiri) dan ahli keluarga
Semua tempat di rumah itu dibuat untuk menyesuaikan dengan keadaan fizikal Claudio. Tempat tidurnya, semua palam, dan lampu dibuat lebih rendah sehingga dia boleh melakukan semuanya tanpa bantuan orang lain.
Dengan bentuk tubuhnya yang tak lazim ini, Claudio tak boleh menggunakan kerusi roda. Namun, dia memohon kepada ibunya agar dibenarkan bersekolah dan belajar dengan anak-anak lain.
Para doktor mendiagnosis keadaan Claudio sebagai congenital arthrogryposis, suatu keadaan badan yang sangat jarang berlaku. "Sepanjang hidup, saya mampu menyesuaikan diri dengan keadaan tubuh saya. Saat ini saya tak memandang diri sebagai orang biasa. Saya manusia normal," ujar Claudio.
"Saya tak melihat dunia secara terbalik. Inilah yang selalu saya sampaikan masa saya bercakap di hadapan orang ramai," tambah dia.
"Kini semakin mudah menghadapi awam. Saya sudah tak mempunyai ketakutan dan saya boleh katakan, saya profesional, penceramah antarabangsa, dan saya mendapat jemputan untuk bercakap dari seluruh dunia," tambah Claudio bangga.

Sumber: kompas.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment