- Seorang isteri empat anak sanggup meninggalkan suaminya di Filipina semata-mata kerana mahu bertemu kekasihnya, seorang warga Nigeria di Taman Desa Melati, dekat sini...Malah, wanita warga Filipina berusia 36 tahun itu turut mengakui menjalinkan hubungan seks dengan lelaki yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu menerusi laman sosial..Bagaimanapun, tindakan wanita itu terbongkar apabila dia ditahan ketika sedang berasmara di dalam sebuah bilik rumah dua tingkat yang disewa kekasihnya bersama rakan-rakannya itu.Menurut wanita yang dikenali sebagai Gende itu, dia tiba di negara ini pada 24 Ogos lalu setelah kos perjalanan termasuk tiket penerbangan ditaja kekasihnya yang merupakan seorang pelajar sebuah kolej swasta di Nilai..“Saya kenal dia (kekasih) beberapa bulan lalu dan datang ke sini mahu bertemu dengannya. Saya menipu suami dengan memberitahu saya ke Malaysia mahu bertemu kawan.“Kami sekadar bertemu untuk melepaskan rindu,” katanya selepas ditahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen negeri di Taman Desa Melati, di sini, awal pagi semalam.Serbuan kira-kira jam 3 pagi itu turut menemui bungkusan kondom yang telah dan belum digunakan termasuk minuman beralkohol di dalam bilik mereka.Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman berkata, wanita itu ditahan kerana disyaki memiliki pas palsu.“Kita juga menahan kekasihnya berusia 26 tahun dan dua rakan senegaranya kerana memiliki dadah jenis ganja.“Semua mereka akan diserahkan kepada Balai Polis Nilai untuk tindakan selanjutnya,” katanya.Menurutnya, operasi bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu dilakukan di dua lokasi iaitu Taman Desa Melati dan Apartment Nilai 3 selepas menerima maklumat awam dan hasil risikan pihaknya.“Pemeriksaan seramai 250 warga asing di flat terbabit membawa kepada penahanan 27 lelaki dan enam perempuan.“Mereka semua terdiri daripada 10 lelaki Bangladesh, satu lelaki India, enam perempuan Indonesia , empat lelaki Pakistan, enam lelaki Sri Lanka, satu lelaki Myanmar dan lima lelaki Nepal,” katanya.Faizal berkata, serbuan di Taman Desa Melati pula, pihaknya menahan tujuh warga asing termasuk pasangan kekasih itu dan seorang wanita warga tempatan.“Salah seorang lelaki warga Nigeria mengalami luka di kepala dan muka selepas cuba melarikan diri dengan terjun dari rumah dua tingkat,” katanya.Menurut Faizal, tangkapan seramai 41 orang itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah, Seksyen 15 (1)(c) akta sama tinggal lebih masa, Seksyen 56 (1)(l) akta sama kerana memiliki pas palsu dan Seksyen 56(1)(d) akta sama kerana memberi perlindungan kepada warga asing.Semua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng di sini untuk tindakan selanjutnya.Sumber – Webberita
Home
>
Info Dunia
> isteri empat anak sanggup meninggalkan suaminya di Filipina semata-mata kerana seorang warga NIGERIA
isteri empat anak sanggup meninggalkan suaminya di Filipina semata-mata kerana seorang warga NIGERIA
Posted by Unknown on 01 September 2014 at Monday, September 01, 2014
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment